23 May 2011

Sayang nyawa? Hentikan projek lereng dan puncak bukit

Contoh bukit yang dijarah dan ditarah di negara kita atas nama pembangunan.
Kalau tak mahu lihat lebih banyak nyawa melayang ditimbus tanah runtuh, aku (kalau suara didengarilah!) menggesa agar semua projek di lereng bukit dan di puncak bukit terutama di sepanjang banjaran Titiwangsa (Lembah Klang) dihentikan segera dan dibatalkan. Ini kerana sudah banyak tragedi tanah runtuh berlaku di sepanjang banjaran tersebut, terutama dalam daerah Hulu Langat dan Gombak dan di bawah MPAJ misalnya.

Seingat aku setiap kali berlaku tragedi tanah runtuh yang mengorbankan nyawa, masa itu jugalah seruan ini kedengaran dan nampaknya projek-projek sedemikian berhenti sejenak. Kemudian apabila orang ramai sudah lupa, makan projek-projek sedemikian dilulus dan dimulakan semula.

Banyak sangat bukti kalau aku nak tunjukkan. Korang lalulah di kawasan-kawasan berbukit di sekitar Hulu Langat, Gombak, Ampang... Banyak bukit-bukit yang semakin gondol atau ditarah sesedap rasa semaata-mata nak buat projek perumahan. Konon dengan view Kuala Lumpur, projek perumahan ini akan memberikan keuntungan besar kepada pemaju.

Tak hairan kalau ada projek perumahan di kaki bukit atau atas bukit di kawasan yang aku sebutkan itu, harga bagi yang mengadap Kuala Lumpur jauh lebih mahal berbanding mengadap bukit atau tembok. Sebab itu pemaju tak henti-henti memujuk tuan punya tanah atas bukit supaya menyerahkan kepada mereka untuk dimajukan.

Hasilnya, gondollah bukit-bukit tersebut dan makin lemahlah struktur tanahnya. Lama kelamaan bukit yang teguh menjadi lemah yang akhirnya runtuh. Kalau bukit-bukit yang runtuh ini menimpa taukeh-taukeh pemaju perumahan tersebut atau mereka yang meluluskan projek itu tak apa juga. Ini yang menjadi mangsa mereka yang tidak bersalah, apatah lagi anak-anak yatim.

Kerajaan Selangor selaku pemilik sebahagian besar tanah bukit-bukit itu hendaklah bertindak menghentikan semua projek yang sudah diluluskan atau yang sedang dipertimbangkan untuk diluluskan. Sebab kalau mereka juga membenarkan projek perumahan di lereng dan di puncak bukit, bermakna kerajaan Selangor hari ini adalah dua kali lima dengan kerajaan Selangor sebelum ini.

Kalau mereka terus membiarkan para pemaju dengan rakus menjarah tanah-tanah di atas bukit ini, aku percaya bukan setakat 16, malahan ratusan nyawa lagi bakal melayang ditimbus runtuhan tanah dari bukit di sepanjang Banjaran Titiwangsa ini.

Share this

3 Responses to "Sayang nyawa? Hentikan projek lereng dan puncak bukit"

  1. orang bodoh je yang nak beli rumah atas bukit walaupun dah tahu risiko hilang nyawa..

    ReplyDelete
  2. Jangan cakap macam tu! Ramai yang suka beli rumah atas bukit. Feng Shui bagus. Kawan2 aku pun ramai beli kondo atas bukit... Bukan murah yeop!

    ReplyDelete
  3. org yg beli rumah kat atas bukit la mempunyai risiko besar.,,menempah maut..,,yg pihak pemaju pun sama je.,,nk luluskan projek tu..,,tak pikiq musibah dan kesan2 dia..,,bile org dah rasuah kat pemaju..,,abis lah.,,eemua lulus,,..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.