17 May 2011

Sebab-sebab Anwar makin naik hantu... habis orang dimakinya!

Semalam aku tulis pasal maklumat dalam PKR yang menyatakan Anwar dan Wan Azizah bakal berundur dari parti kerana sudah tidak mampu menganggung tekanan ekoran pendedahan video seks dan keputusan perbicaraan kes liwat Saiful yang bakal diketahui 16 Mei ini.

Petang tadi, ada sumber lain memaklumkan bahawa sebenarnya telah wujud gerakan protes senyap di kalangan pemimpin tertinggi parti itu terhadap Anwar dan Wan Azizah ekoran pendedahan tentang aktiviti tidak bermoral Anwar. Tetapi mereka melakukan secara senyap agar tidak diketahui orang ramai, khususnya Utusan. Kalau Utusan tahu.... mampus kena serang hendap! Hehe...

Maknanya dalam PKR sebenarnya ada pergolakan besar tentang kedudukan ketua umum dan presidennya. Mana tak bergolak bila kedua-duanya gagal memberikan jawapan yang meyakinkan berhubung pendedahan video seks tersebut.

Yelah, walaupun berkali-kali Anwar kata bukan dia dalam video itu berdasarkan perutnya dan Wan Azizah pun memberikan alasan serupa, tetapi siapa nak percaya selagi mereka gagal menunjukkan jam tangan Omega.

Sebab itulah emosi Anwar kini semakin terganggu dan dalam setiap ceramahnya pula tidak habis-habis dia memaki-hamun orang lain tetapi tidak pula memaki-hamun, apatah lagi menyaman Eskay yang bertanggung jawab dedahkan video tersebut.

Wan Azizah pun dah pening sebab tak mampu lagi nak pertahankan suaminya. Dia kini semakin bimbang pendedahan ini akan meranapkan hubungan mereka dengan anak-anak yang kini semuanya sudah besar dan berpendidikan.

Satu lagi punca Anwar semakin naik hantu apabila hampir semua penyumbang dana untuk PKR di luar negara telah "cabut lari" dan tidak mahu lagi membiayai Anwar dan partinya selepas perbicaraan kes liwatnya kini memasuki babak-babak akhir.

Di tambah pula, Anwar yang telah menjanjikan bulan dan bintang kepada penyumbang dana kalau dia jadi PM Malaysia, kini dilihat semakin jauh untuk menggapai Putrajaya.

Maknanya, kalau mereka semua dah tarik bantuan untuk PKR, parti itu tidak lama lagi diistiharkan muflis dan Anwar terpaksa menggadaikan Istana Segambut dan kereta-kereta mewahnya sekarang. Itulah maklumat tambahan yang aku peroleh...

Jadi, kalau nak dihitung-hitung Anwar dan Wan Azizah mungkin dah tak lama dalam arena politik negara... Paling lama sebelum akhir tahun ini. Lepas ini, mereka angkat kaki anak beranak dan tinggal di negara-negara yang mereka suka.

Maklum umur Anwar pun dah makin senja... apa lagi nak diperjuangkan. Lebih baik mereka suami isteri tumpu perhatian untuk buat amal ibadah memohon keampunan Allah atas dosa-dosa dan kemusnahan yang mereka lakukan sebelum ini, sebelum terlambat.

Nota: Entri ini sudah diposkan beberapa hari lepas tetapi terdapat "gangguan" pada sistem arkib menyebabkan entri ini dimasukkan sebagai entri baru. Harap maaf - MTB

Share this

1 Response to "Sebab-sebab Anwar makin naik hantu... habis orang dimakinya!"

  1. takdenye ke luar negara... jel la duduknya ko... tobat kat jel la...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.