04 May 2011

Siapa bilang UMNO/BN lemah sehingga perlu tagih bantuan Pas?

Apabila Najib mempelawa Pas sertai BN, ramai puak-puak Pas termasuk para pemimpinnya membuat "serangan" ke atas Najib dengan menganggap pelawaan tersebut adalah usaha terdesak BN untuk meraih sokongan rakyat selepas mereka semakin lemah.

UMNO/BN juga dikatakan lemah apabila bermain "politik lucah" dengan isu video seks Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya inilah yang diwar-warkan Anwar kepada rakyat bahawa dia merupakan ancaman utama politik BN sehinggakan Najib menggunakan taktik kotor dengan menjatuhkan kredibilitinya menerusi fitnah jahat melalui video tersebut.

Sebenarnya dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang khususnya Pas bahawa BN atau tepatnya UMNO semakin lemah adalah satu pandangan silap. Ini kerana kalau kita lihat hasil keputusan PRU-12 lalu, UMNO masih lagi mendapat sokongan padu rakyat tetapi yang kalah teruk ialah rakan parti lain terutama Gerakan, MCA dan MIC.

Jangan lupa, tsunami politik yang melanda negara pada 2008 adalah disebabkan oleh Pak Lah Badawi, PM paling lemah dalam mentadbir negara sehingga menyebabkan rakyat marah dan kemarahan mereka dituangkan menerusi kertas undi. Bukan disebabkan oleh kekuatan pembangkang apatah lagi Anwar Ibrahim.

Keputusan pilihan raya Sarawak juga menyaksikan BN menerusi parti-parti komponennya kecuali SUPP masih lagi mendapat sokongan padu rakyat. Yang kalah teruk di Sarawak ialah Pas ialah gagal memenangi sebarang kerusi daripada lima kerusi yang dipertandingkan.

Sebenarnya, UMNO/BN masih lagi mendapat sokongan padu rakyat kecuali kaum Cina yang dilihat semakin cenderung menyokong DAP. Terus terang pada PRU-12 lalu dan pilihan raya Sarawak, DAP jelas mendapat "kemenangan besar" berbanding Pas atau PKR. Lebih malang bagi PKR apabila hampir 10 wakil rakyatnya telah keluar dari parti menyebabkan jumlah Ahli Parlimen atau ADUN PKR semakin merosot.

Aku percaya tawaran Najib terhadap Pas bukan kerana BN terdesak untuk memenangi PRU-13 atau rakyat semakin menolak UMNO/BN tetapi atas dasar menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Tetapi malangnya (seperti dijangka) Pas tidak melihat dari sudut semua itu melainkan politik semata-mata. Seingat aku Najib ketika di Kuala Terengganu tempoh hari juga berkata, kalau Pas tidak mahu menyertai BN pun tidak mengapa, tetapi adalah lebih baik Pas keluar dari pakatan.

Ini kerana ramai yang melihat keberadaan Pas di dalam pakatan pembangkang sebenarnya memberi keuntugan besar kepada DAP, bukannya Pas jauh sekali PKR. Ibarat kalau di medan perang, Pas diletakkan di barisan hadapan untuk berdepan dengan kepala jeneralnya ialah Anwar manakala DAP berada di barisan belakang. Apabila berperang sudah pasti yang paling ramai terkorban ialah mereka yang berada di barisan hadapan. Tapi malang Pas tidak melihat itu semua.

Dalam soal Anwar pula, UMNO/BN tidak perlu bersusah payah untuk memfitnah beliau semata-mata untuk menjatuhkan karier politiknya kerana Anwar tiada apa-apa bagi UMNO/BN melainkan sebagai pengacau sahaja. Tidak lebih dari itu. UMNO/BN tidak bimbangkan Anwar sebaliknya memikirkan bagaimana mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap BN.

Lagi pun siapa yang mendedahkan tentang video seks Anwar tersebut melainkan rakan-rakan rapat beliau sendiri, bukan orang lain.

Justeru, Pas tak usahlah nak dakwa UMNO/BN lemah sehingga memaksa parti untuk meraih simpati dari Pas untuk menyertai mereka atau menggunakan taktik kotor menjatuhkan Anwar sebab UMNO/BN sebetulnya semakin kembali kukuh menjelang PRU-13 nanti.

Atas dasar itulah aku meramalkan pada PRU-13 nanti, BN akan mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai mereka pada masa kini dan pada masa yang sama bakal merampas kembali Selangor dan Kedah, selain meraih lebih banyak kerusi DUN di Pulau Pinang dan Kelantan.

Share this

7 Responses to "Siapa bilang UMNO/BN lemah sehingga perlu tagih bantuan Pas?"

  1. Hari ini negara bergolak kerana kepimpinan Melayu bercakaran (PKR,UMNO,PAS) sedangkan kaum lain sedang merancang dan menghitung waktu. Kepimpinan PAS menggadai ugama untuk undi, UMNO menggadai bangsa untuk undi dan PKR menggadai negara untuk cita cita dan dendam politik Anwar. Masing2 sudah tidak ada keyakinan kepada bangsa sendiri, sudah tidak ada keyakinan kepada janji Allah dan sudah tidak ada keyakinan kepada diri sendiri lalu menagih dan menyembah kepada musuh ugama dan bangsa.

    Rakyat yang menggelar diri mereka bijak juga sekadar jadi kayu api menyokong menyemarakkan lagi kemusnahan bangsa dan ugama. Sudah tidak ada seorang pun pemimpin berbangsa Melayu, pemimpin berugama Islam yang dihormati, disegani, berwibawa di kalangan bangsa sendiri apatah lagi kepada bangsa lain. Tunjuk dan buktikanlah jika ada?

    Apakah wajar PM dipilih dan diundi oleh rakyat seperti pemilihan Presiden Amerika??

    ReplyDelete
  2. UMNO masih kuat. . sokongan trhadap UMNO masih padu. . tp kte mkin berpecah sbb ideologi politik melampau y memaksa rakyat utk memberontak menegakkan keadilan, persoalannya smpai bila nk bergadoh sesama sendiri tuk merebut kuasa? sampi bila rakyat perlu tempuh isu seks d liwat y mcm xde kesudahan?

    UMNO x perlu bantuan PAS sbb UMNO masih releven d bwh pemerintahan Najib. . tp UMNO perlu bekerjasama dgn PAS utk menyatukan kembali org melayu y tlh berpecah akibat dr fahaman politik melampau. .

    ReplyDelete
  3. kita tunggu je Pilihanraya yg ke 13 nanti..,,dan aku yakin BN dapat semula kerusi yg telah hilang masa PRU ke 12.,,dan negeri Kelantan yg dikatankan kubu kuat PAS juga akan tumbang..,

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa, tsunami politik yang melanda negara pada 2008 adalah disebabkan oleh Pak Lah Badawi, PM paling lemah dalam mentadbir negara sehingga menyebabkan rakyat marah dan kemarahan mereka dituangkan menerusi kertas undi. Bukan disebabkan oleh kekuatan pembangkang apatah lagi Anwar Ibrahim.

    - salam. Tang ayat di atas I memang SETUJU BETUL. I tak mengundi hari tu pun sebab seperti yang di atas tu lah.

    - Now dah tak menyampah dah. PL pun dah takde so balik la mengundi UMNO PRU akan datang ni insyallah.

    ReplyDelete
  5. zizie, aku rasa zizie kena belajar ilmu politik dengan lebih dalam lagi, pastu sudah-sudah le follow blog2 dan gambar2 lucah tu...tu yang jadi otak berkarat.

    pada pandangan aku, BN akan kekal memerintah lagi dalam PRU 13 nanti dengan majoriti yang semakin kurang berbanding PRU 12. Tanpa bantuan kemenangan BN di Sabah dan Sarawak, BN pasti akan tumbang. Pemimpin cina MCA akan tewas hampir semua kawasan yang ditandingi kecuali calon MCA bertanding di kawasan majoriti melayu seperti melayu Johor atau Melaka.

    ReplyDelete
  6. Pandangan Zainul ada benarnya terutama bab pemimpin MCA yang dijangka tumbang satu persatu seperti mana berlaku kepada SUPP di Sarawak.

    Tapi aku tak setuju tentang BN alami kemerosotan majoriti berbanding PR-12 sebab aku percaya Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai fix deposite kepada BN pada PRU-13 nanti. P/Raya Sarawak baru-baru ini adalah buktinya.

    Kalau majoriti BN terus berkurang maknanya BN kalahlah sebab pada PRU-12 pun BN membentuk kerajaan menerusi undi mudah dan bukannya majoriti 2/3. Tapi aku yakin itu tidak akan berlaku.

    BN khususnya UMNO sudah mengenal pasti punca kelemahan termasuk kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Pelbagai usaha dan strategi telah dan akan dilakukan dan sebahagiannya telah menampakkan hasil.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.