18 May 2011

Tak usah paksa dedah pelakon video tu....


Anwar selamat kerana tiada undang-undang sivil kat Malaysia ini boleh dakwa lelaki melanggani pelacur!
Kan aku dah kata, tak ada undang-undang sivil dalam Malaysia ini boleh dikenakan ke atas lelaki yang melanggan pelacur atau merakam adegan seks mereka. Tak ada... Yang ada cuma undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan dan menjual video seks. Itu memang salah!

Jadi, tak usahlah sesiapa pun nak suruh polis dedah pelakon video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tu sebab tiada peruntukan undang-undang untuk polis mendedahkannya. Cakap kat aku atas akta mana nak dikenakan ke atas pelakon video itu? Kalau si pelacur tu memang ya. Mungkin boleh kenakan tindakan kerana menyalahgunakan visa dengan terlibat dengan kegiatan maksiat. Tapi apa sangat hukumannya.

Begitu juga dengan Trio Datuk T, boleh dikenakan dakwaan kerana menyebarkan rakaman video itu kepada khalayak tetapi apa sangat hukumannya. Paling-paling dikenakan kompaun dua tiga ribu ringgit dan pelakon lelaki dalam video itu tak ada apa yang dikenakan hukuman. Melainkan di bawah Mahkamah Syariah. Tapi ada sesiapa ke pergi serah rakaman video tu kat Jabatan Agama dan kemudian buat laporan? Tak ada sesiapa pun!

Jadi tak usahlah nak paksa polis dedahkan pelakunya. Memang polis tak boleh berbuat sedemikian. Sekarang ini terserahkan kepada rakyat yang menentukan. Kalau mereka yakin itu Anwar, maka Anwar lah ia... tetapi kalau mereka tak yakin itu Anwar, apa yang kita boleh buat? Takkan nak paksa mereka?

Sekarang ini terserah kepada masing-masing punya pandangan dan Anwar? Biarlah dia menjawab dengan Allah di alam kubur dan alam akhirat nanti....

Share this

1 Response to "Tak usah paksa dedah pelakon video tu...."

  1. apa pun dia tetap anuar pelakon utama dalam video tu..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.