31 May 2011

Tarif letrik... banyak pakai, banyak bayar!

Formula kenaikan tarif elektrik
Tarif elektrik dinaikkan mulai esok! Tapi kalau dilihat kepada formula yang digunakan berhubung kenaikan ini, nampaknya mereka yang pakai elektrik banyak akan kena bayar lebih banyak. Maknanya kalau pakai sekadar di bawah RM75 sebulan, maka mereka tidak terlibat dengan kenaikan ini.

Cukup menarik formula yang dilakukan oleh kerajaan bagi tarif baru elektrik ini. Sebab walaupun tarif naik, mak aku kat kampung tetap tak perlu bayar bil elektrik setiap bulan sebab bilnya tak sampai RM20 sebulan. Kalau bawah RM20, kerajaan masih terus beri subsidi 100 peratus... tak perlu bayar. Terima kasih!!

Dan bagi mereka yang bil bulanannya di bawah RM75 pun akan bebas dari mengalami kenaikan ini. Tapi sayang, setiap bulan bil elektrik aku sekitar RM100 hingga RM120 sebulan. Maklum pakai air-cond. Nampaknya lepas ni kena tidur dalam kepanasanlah atau paling tidak pakai kipas je. Pun aku tak kisah sangat kalau alami pertambahan bil antara 7 sen hingga RM6.60 sebab memang aku pakai banyak elektrik.

Jadi senang saja. Kalau tak nak bayar bil tinggi atau tak mahu tergolong kumpulan yang terkena tempias kenaikan tarif elektrik, berjimatlah. Jimat elektrik... jimat tenaga... jimat wang! Tak perlu marah-marah kerajaan sebab aku rasa formula kenaikan tarif elektrik kali ini cukup adil.

Terima kasih!

Share this

4 Responses to "Tarif letrik... banyak pakai, banyak bayar!"

  1. Awat hang bodoh sgt. Dr segi tu memang pengguna xtjejas. Industri macamana? Bila kos industri meningkat, harga pn akn meningkat. Pengguna yg kena beban. Ko tgk la nanti omak nkau kt kampung mesti merunggut harga barang naik.

    ReplyDelete
  2. Bro, aku baru ulas penggunaan di rumah, pengguna macam aku dan kau jugak. Kalau industri aku tak mahu komenlah bro. Kalau ikut peniaga, semua benda nak dijadikan alasan utk naik harga. Bukan takat elektrik naik je

    ReplyDelete
  3. Bro... fikir laa sikit.... TNB tak cukup untung lagi kerr sampai kena naikkan tarif elektrif... kat mana-mana negara, itu tanggungjawab kerajaan persekutuan... Kalau kat brunei, 500Kwh yang pertama baru jerr satu sen... kita tak mampu ker? kalau tak mampu, kenapa TNB untung besar tiap tiap tahun... tak kita laa pembangkang atau penyokong, semua rakyat malaysia tetap akan jadi mangsa... kenapa perlu dinaikkan tariff elektrif, alasan untuk mengurangkan penggunaan elektrik adalah alasan bangang kerana semakin banyak yang diguna, semakin banyak jugaklah keuntunggan TNB walaupun kadar tariff dikekalkan... Inilah minda orang yang baik pembangkang mahupun penyokong kerajaan... sampai naikkan harga minyak dan tariff elektrik pun masih juga bersetuju dengan kenaikan,..... kalau kedai kat tempat kita naikkan harga barang, kenapa kita bersetuju?? so... apa apa hal pun guna laa fikiran waras untuk membuat kesimpulan....

    ReplyDelete
  4. Kenaikan tarif elektrik memberi kesan buruk kepada perindustrian, perniagaan dan institusi. Ini adalah kerana mereka ini banyak mengunakan tenaga elektrik di dalam aktiviti harian mereka dan akhrnya belanja operasi dan mengurus mereka meningkat. Kesannya, mereka akan menurunkan beban kos operasi mereka kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan pengguna dan kos perkhidmatan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.