22 May 2011

Tragedi paling dahsyat.... 13+3 maut di Hulu Langat

Harap belum terlambat untuk hulur bantuan...

Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can food n warm food for rescue team & medic. Contact En Naza 0173280013. Location: Rumah Anak Yatim Semungkis, Bt 13 Hulu Langat @ Jln masuk Pusat Rekreasi Lembah Azwin.


Al-Fatihah...! Setakat entri ini ditulis, 13 orang disahkan terbunuh akibat tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim Semungkis di Batu 13, Hulu Langat. Tiga masih lagi tertimbus dan dikhuatiri turut terkorban. Kalau mengikut jumlah kematian, tragedi tanah runtuh ini paling dahsyat yang pernah berlaku di negara kita.

Lebih menyayat hati kejadian menimpa asrama anak yatim berumur 4 hingga 17 tahun dan mereka sedang bersiap untuk menyambut ketibaan tetamu iaitu rombongan dari Finas. Mereka berkumpul di bawah khemah dan sedang berlatih bernasyid untuk dinyanyikan pada majlis itu.

Terima kasih diucapkan kepada Muhyiddin, Shaziman Mansor dan beberapa pemimpin kerajaan Pusat yang pantas turun ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kerja-kerja mencari dan menyelamat. Mereka turut mengumumkan pelbagai bantuan kepada mangsa dan keluarga terbabit. Malah aku dapat tahu bloggers mesra kerajaan turut bertungkus-lumus membuat laporan dari lokasi kejadian, mengalahkan pihak media.

Malang kelibat para pemimpin kerajaan negeri Selangor tidak kelihatan, melainkan Hassan Ali seorang. MB Selangor difahamkan sedang berada di San Francisco manakala lain-lain pemimpin apatah lagi dari DAP langsung tak nampak bayang. Mana Anwar Ibrahim, mana Wan Azizah, mana Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, Jenice Lee, Iskandar Samad, Samsul Ketot.... mana.. mana... ke mana mereka?

Tak apalah. Aku bukan nak politikkan tragedi ini tetapi aku nak gambarkan inilah realiti dan mentaliti pemimpin pembangkang. Ini bukan kali pertama berlaku. Dah selalu sangat dah. Peristiwa banjir di negeri-negeri mereka, ada ke pemimpin mereka nak redah banjir dan tengok keadaan pusat-pusat penempatan banjir? Tak ada... Dan tragedi tanah runtuh ini pun bukan pertama kali berlaku, dah acap kali dah. Dan setiap kali tragedi ini berlaku, memang susah nak nampak batang hidung pemimpin pembangkang. Kalau datang pun dah kemudian dah...

Tapi percayalah, esok lusa akan menjerit melolonglah mereka menyalahkan kerajaan Pusat atas apa yang berlaku. Dengarlah dalam ceramah-ceramah mereka, kerajaan Pusat juga disalahkan. Bila kerajaan Pusat tidak buat apa-apa (tak pernah pun) mereka akan marah-marah kerajaan Pusat tapi bila kerajaan bagi bantuan, mereka akan kata itu semua "rasuah" politik.

Sedangkan mereka sendiri bukan setakat nak salur bantuan, jenguk keadaan pun tidak. Hanya mendengar khabar dari orang lain. Itu pasallah bila kejadian berlaku di Hulu Langat dikatakannya Hulu Selangor. Haiii... Macam manalah boleh mentadbir negeri kalau geografi negeri Selangor pun tak pas!

Share this

1 Response to "Tragedi paling dahsyat.... 13+3 maut di Hulu Langat"

  1. its not what you see, its what you believe...

    lembu punya susu sapi dapat nama...

    kici kici bn jaga sudah besar dap juga...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.