24 May 2011

UMNO yang bongok atau rakyat yang bangang?

Ce citer apa yang berlaku?

Begini.. Kita semua selalu dengar puak-puak pembangkang menuduh UMNO sebagai penipu rakyat, perosak negara, pembohong, perasuah, pengamal politik lucah dan segala macam mak nenek gelaran lagi. Malah UMNO juga digelar UMNGOK! Baik semuanya didiamkan oleh UMNO... Tak berani melawan atau sengaja malas nak layan?

Ok sekarang aku nak tanya pemberi gelaran tersebut! Kalau betul UMNO menipu rakyat, kenapa parti itu bersama BN terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara? Kenapa UMNO dan BN masih dipercayai walaupun pada 1999 ketika reformasi sedang memuncak dan kenapa pada 2008, UMNO masih lagi menang besar ketika tsunami politik melanda?

Apakah UMNO yang bongok kerana terus menipu rakyat atau rakyat yang bangang kerana terus memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dalam kesemua 13 kali pilihan raya umum? Lalu apabila puak-puak Pas terutamanya yang terus menuduh UMNO sebagai penipu rakyat, apakah rakyat begitu bangang untuk terus memilih parti yang menipu mereka? Betulkah kamu semua sebagai rakyat Malaysia begitu bangang kerana terus memberi kemenangan kepada UMNO dan BN?

Kesian...! Selama sejak sebelum merdeka sehingga kini begitu banyak sekolah dibina untuk rakyat, begitu banyak peruntukan diberikan untuk membiayai pendidikan rakyat dan begitu banyak usaha dilakukan bagi memastikan seluruh rakyat menikmati pendidikan sejak dari awal sehingga ke peringkat tertinggi, tetapi ternyata rakyat masih terus BANGANG kerana memilih UMNO/BN sebagai parti yang memerintah mereka.

Dan pada masa yang sama, kalau UMNO dianggap bongok (UMNGOK!), mana mungkin parti ini terus berjaya memenangi hati berjuat-juta rakyat setiap kali pilihan raya. Jadi siapa yang bongok sebenarnya! UMNO/BN atau parti pembangkang yang bongok sehingga tidak mampu memenangkan pilihan raya. Ish... kesian!

Lalu aku lontarkan persoalan di sini... siapa yang bongok dan siapa yang bangang sebenarnya?

Share this

0 Comment to "UMNO yang bongok atau rakyat yang bangang?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.