10 May 2011

Video seks: Bila orang tanya aku....

Ramai yang tanya aku pasal kesahihan video seks yang didedahkan Datuk T. Rata-rata diorang tanya, betul ke? Biasanya aku balas dengan senyuman kemudian aku lontarkan pertanyaan... "Dah tengok (video tu) belum?" sebab aku kata kalau belum tengok susah sikit nak cakap.

Kalau ada yang kata dah tengok atau kata sekadar tengok gambar, biasanya aku cakap... "nilailah sendiri.. Kalau ya, yalah. Kalau bukan, bukanlah!" Biasanya mereka tak puas hati dan nak juga aku berikan pandangan aku. Ciss... macam aku kerja dengan CSI pulak.

Aku akan kata, susah nak cakap. Kan kalau aku kata sahih tu pemimpin tersebut, mereka yang taksub dengan pemimpin ini atau memang penyokong tegar pembangkang tak akan  percaya punya. Bawalah bukti apa pun, mereka sampai mati tak akan percaya. Silap-silap aku pulak kena makin-hamun kalau tak kena ludah sekali pun.

Sebab itulah bila orang tanya soalan ini, aku suruh mereka tengok sendiri video tersebut. Pasang niat nak tengok sebab nak cari kebenaran bukan nak bangkitkan nafsu berahi. Kalau tengok untuk bangkitkan nafsu, dosa tanggung sendiri hehe...

Dah tengok, nilai sendiri... ya atau bukan! Habis cerita...

Share this

0 Comment to "Video seks: Bila orang tanya aku...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.