06 May 2011

Video seks: Ghani Patail kena segera buat keputusan!

Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu segera membuat keputusan berhubung video seks yang melibatkan seorang individu mirip Anwar Ibrahim tetapi lebih boroi perutnya dan lebih besar anunya kerana selagi keputusan tidak dibuat, kes ini akan berpanjangan. Ghani perlu dedahkan segera siapa lelaki dalam video tersebut.

Menurut kata Papa Gomo yang disoal siasat lagi oleh polis kerana kes penyebaran rakaman video tersebut, (baca di sini!) pihak polis tidak boleh mendedahkan identiti lelaki dalam rakaman itu, tetapi yang boleh berbuat sedemikian hanya Peguam Negara. Lagi pun laporan siasatan sudah diserahkan kepada pejabat Ghani untuk tindakan.

Tapi apa pun keputusan Ghani selepas ini sama ada mendakwa penyebar video tersebut, perakamnya atau pelakunnya, Anwar Ibrahim tetap mempunyai alasan untuk menafikan dirinya dalam video tersebut. Kalaulah sampai Ghani mengesahkan lelaki itu ialah Anwar, sudah pasti kenyataan itu akan dinafikan dan kemudiannya mendapat sokongan padu puak-puak Pas dan AMK.

Sebabnya mudah saja. Anwar akan beri alasan Ghani menaruh dendam kepadanya dan masih berniat jahat untuk menjahanamkan hidupnya selepas berjaya pada kes liwat pertama, kes liwat II dan kini kes rakaman video pula. Pendek sependek Samsol Ketot, Anwar dah lama sakit hati dengan Ghani sebab heretnya dalam kes liwat pertama dahulu.

Tapi Ghani tak perlu risau hal itu kerana rakyat sekarang sudah mula berfikir watak dan fiil Anwar ni. Kalau Ghani dapat sahkan lelaki itu Anwar aku yakin Muktamar Pas Jun nanti akan menjadi kecoh dengan desakan akar umbi agar Pas keluar dari pakatan haram zadah itu dan sebahagian besar daripada rakyat akan berkata...

"Kan aku dah kata itu memang Anwar..." atau "Ah, aku tak hairan..." atau "Memang dialah... Aku dah agak dah..." atau "Ish.. ish.. ish.. Anwar. Bilalah kau nak bertaubat" atau "Kesian Wan Azizah..." atau "Yelah...!" dan ada yang akan kata.... "Dah-dahlah sokong Anwar..."

Percayalah!

Share this

1 Response to "Video seks: Ghani Patail kena segera buat keputusan!"

  1. tak setuju. biarlah kes itu water-tight and full-proof untuk menggelakkan di spin oleh anu arr dan konco-konconya terutama pas (dlm kes ini dap kurang beri komen - kena ya??)dan sam ketot.

    biar peguam negara buat kerja betul-betul. lagi lama pihak peguam negara suruh pihak polis cari bukti; lagi kelam-kabutlah anwar sebenarnya. cuba tgk muka anwar skrg, nampak kerisauan sbb tak tahu apakah langkah pihak ag dan polis.

    lagipon kita tak mahu pendakwaan yang loggar. nanti dibebaskan kerana teknikal mcm kes terdahulu. hakim mengesahkan kejadian sodomi berlaku tapi dilepaskan kerana perkara teknikal.

    jgn risau... sumpah lakt telah dibuatoleh saiful dan eskay..kebenaran dan kebijaksanaan Allah SWT kita jangan pertikaikan...tunggulah kebenaran akan timbul satu persatu...insyaALLAH..

    takbirrrr!!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.