16 May 2011

Zalim... Kerajaan penipu rakyat 52 tahun naikkan pangkat guru!

Kerajaan BN yang menipu rakyat selama lebih 50 tahun hari ini bertindak zalim apabila menaikkan pangkat para pengetua sekolah menengah dari gred DG48 kepada DG52 serta semua guru penolong kanan pentadbiran, hal-ehwal akademik dan koku sekolah menengah dari DG44 kepada DG48.

Cisss.... lebih zalim lagi apabila kerajaan BN yang menipu rakyat sejak 52 tahun dulu dan kerajaan yang amal politik lucah dan fitnah sanggup menaikkan pangkat para guru dengan diberikan berdasarkan kategori guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru.

Kejam... sungguh kejam! Sewajarnya begitu ramai guru yang menentang kerajaan BN memandangkan kerajaan pimpinan Najib sentiasa bertindak zalim kepada kumpulan pendidik sehinggakan ada di antara mereka sanggup bertanding atas tiket pembangkang untuk menentang kerajaan, majikannya sendiri.

Kepada cikgu Mala dan suami, cikgu Chaa dan ratusan lagi cikgu-cikgu yang begitu agresif menentang kekejaman kerajaan BN selama ini, aku nak ucapkan tahniah sebab atas perjuangan kalian, akhirnya kerajaan BN bertindak zalim dengan menaikkan pangkat dan gaji para guru.

Mana nak carik kerajaan yang sezalim kerajaan BN? Ish.. ish.. ish...!

Share this

4 Responses to "Zalim... Kerajaan penipu rakyat 52 tahun naikkan pangkat guru!"

  1. Guru yg naik pangkat ko yg naik angin pasal , dasar iri hati , hasad dengki , otak kelabu mcm mcm lagi lah , sekurang-kurangnya dpat juga aku naik pangkat , walaupun keluar maktab , mana nak dapat kerajaan mcm ni.
    Dasar tak ngenang budi , tamak haloba yg buat ko susah dan banyak penyakit

    ReplyDelete
  2. Hahaha... terima kasih Zolck!

    ReplyDelete
  3. encik zolck ni belah mana pulak.
    Confuse aku..Hahaha..
    pandai mesin taip buruk buat org pening.

    ReplyDelete
  4. tak adalah peningnya... Kena fikir luar kotak skit je

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.