14 June 2011

Ayoyo..!! Demo kat Kuantan, bocor kat Selangor ka?

Demo anti-Lynas akan diganti dengan demo anti-Limah!
Ayoyo...!! Apa pasal jadi ini macam? Fuziah Saleh sama juak-juak Pas, PKR dan DAP sudah naik angin sama kerajaan Pahang sebab bina kilang Lynas kat Kuantan. Takutnya mereka dengan kematian akibat kebocoran bahan radioaktif, sampai mereka kecohkan satu negara.

Walaupun kerajaan sudah panggil pakar-pakar dari luar negara dan adakan sesi dialog dan penerangan, tapi mereka tetap tak puas hati. Mau juga mereka berdemo. Tak apa, alang-alang mati kerana radioaktif, mati kerana berdemo lagi baik!

Dalam duk kecoh risau berlaku kebocoran nuklear ala-Jepun di kilang Lynas, ehhh.... alih-alih kilang radio farmasutikal kat Selangor pula yang disahkan tecemar dengan bahan radio aktif dan sudah diarah tutup. Sebabnya ada 4 pekerjanya dikesan sudah tercemar daaa...

Wokeh...!! Lepas ini Fuziah boleh pindah itu demo anti-Lynas dari Kuantan ke Shah Alam-lah! Ada berani?
Radioaktif: Syarikat pengeluar radio farmaseutikal disita

KUALA LUMPUR 14 Jun — Operasi sebuah syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor diberhentikan dan premisnya disita oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk siasatan lanjut berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, pencemaran radioaktif dikesan AELB melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Perlesenan.
"Bacaan cemaran pada seorang pekerja adalah melebihi 400 kali bacaan normal atau bacaan latar belakang (0.5 micro Sievert/jam adalah bacaan normal),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini. - Bernama

Share this

0 Comment to "Ayoyo..!! Demo kat Kuantan, bocor kat Selangor ka?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.