12 June 2011

Bersih nak bersihkan apa lagi?

Nampaknya puak-puak yang nak berdemo pada 9 Julai atas nama Bersih tetap berkeras nak adakan perhimpunan tersebut. Konon untuk menuntut agar kerajaan laksanakan pilihan raya yang bersih, adil dan telus! Dushhh....!!

Puak-puak Bersih ni nak bersih macam mana lagi? Dah menang 5 negeri pada PRU-12, dah pertahan Kelantan selama dekat 10 kali pilihan raya dan BN hampir-hampir tumbang pada 2008 dengan hanya menang majoriti mudah, apakah itu menunjukkan pilihan raya kat Malaysia ini belum bersih? Apakah bersih bagi Bersih apabila pembangkang menang semua kerusi pilihan raya dan menduduki Putrajaya maka itu baru benar-benar bersih?

Halooo... kalau pilihan raya kat Malaysia ini tidak bersih, adil dan telus bukan takat Kelantan tak mampu bertahan sehingga 20 tahun sehingga kini malahan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak jangan harap jatuh ke tangan pembangkang. Ingat senang-senang kerajaan nak bagi negeri terbabit kat pembangkang? Kalau tak bersih, telus dan adillah...!!

Tapi kemenangan pembangkang pada PRU-12 lalu jelas dan jitu menunjukkan amalan pilihan raya yang bersih di Malaysia ini. Jadi puak-puak Bersih ini nak bersih apa lagi? Nak sapu bersih? Weihh... ingat rakyat bodoh sangat ke sampai tak boleh nak nilai mana intan dan mana kaca?

Jangan fikir Bersih sahaja boleh buat perhimpunan bersih tetapi lupa pada masa yang sama kerajaan mempunyai kuasa untuk membersihkan para pemimpin yang mengepalai usaha menghuru-harakan negara. Ingat Malaysia bukan Turki, bukan Mesir, bukan Syria, bukan juga Thailand. Ini Malaysia dan rakyat Malaysia tidak akan memperbodohkan diri untuk menghuru-harakan negara hanya nak menyelamatkan seorang pemimpin tidak bermoral.

Tapi nasib baiklah Menteri Dalam Negeri sekarang tidak sekeras mana dan setakat ada puak-puak yang nak menguru-harakan negara memang dibiarkan saja. Paling-paling diberikan amaran... demi amaran...!!!

Psssttt... Pemilihan pucuk pimpinan parti mereka pun tak bersih ada hati nak tuntut orang lain buat pilihan raya bersih!

Share this

0 Comment to "Bersih nak bersihkan apa lagi?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.