18 June 2011

Cartoon-O-Phobia ala Pas II

Fobia dengan karikatur lakaran kartunis Utusan yang disiarkan oleh akhbar tersebut, kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan majlis melibatkan Nik Aziz dan sidang DUN Kelantan. Haram di sini bukan bererti tidak dibenarkan dan bukannya menjatuhkan hukum haram membaca Utusan Malaysia, tau! Ingat tu wartawan Suara Keadilan!!

Dalam hal ini aku tengok kerajaan Pas Kelantan pun dan mula kena demam "Cartoon-O-Phobia" sampaikan sebab kartun tu Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan naik hantu larang wartawan Utusan buat liputan majlis MB! Kesihan wartawan Utusan kat Kota Bharu yang tak ada kena mengena dengan kartun tu pun kena gam. Hemm... Tapi Nik Aziz lupa, walaupun Utusan tak boleh hadir, tapi Utusan boleh siarkan berita daripada Bernama kah! kah! kah!

Orang Pas dan puak-puak pembangkang ni cakap je gedegang-gedegang minta orang lebih telus, lebih adil, lebih bersih, kebebasan medialah apalah tapi bila kena batang hidung mereka pandai pula nak haram-haram.

Aku pun nak tanyalah Hata Wahari, pejuang kebebasan media ni. Apa komennya agaknya bila kerajaan Pas Kelantan dah haramkan Utusan buat liputan majlis dan sidang DUN ni. Sebelum ni pun Hata tak ada pula menjerit melolong bila Utusan turut diharamkan di Pulau Pinang dan majlis PKR. Agaknya sebab Utusan jadi tak apa kalau nak haramkan pun. Kalau Malaysiakini ke Malaysian Insider ke... aku ingat sanggup dia mandi darah perjuang "kebebasan media".

Keh keh keh!!

Share this

0 Comment to "Cartoon-O-Phobia ala Pas II"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.