28 June 2011

Demi Putrajaya... Komunis pun komunislah!

Pas kata tak pedulilah kalau Bersih nak dikaitkan dengan anasir komunis asalkan mereka dapat ke Putrajaya. Kalau komunis pun apa masalah. Janji mereka bukan UMNO! UMNO memang patut diperangi tapi kalau komunis mampu bawa Pas ke Putrjaya, mereka patut disokong!

Wow! Gamaknya itulah bunyi nada Pas sekarang selepas menyedari wujudnya anasir komunis yang menyerap masuk dalam himpunan Bersih. Maklum sekarang ini Pas tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk menduduki Putrajaya. Segala rintangan dan halangan di depan mereka akan diredah habis-habisan dan mana-mana unsur yang membantu mempercepatkan mereka ke Putrajaya akan disokong.

Apa masalah berkawan dengan komunis sedangkan Tok Guru pun dah berpesan mereka pun boleh berkawan dengan syaitan apa lagi komunis atau puak-puak kafir harbi. Matlamat sekarang ialah menjejaki tangga Putrajaya... By cook or by crook! huhuh

Lagi pun Pas sekarang bukan lagi parti perjuang Islam melainkan sebuah parti memperjuangkan kebajikan. Dan kebajikan puak-puak komunis ini patut disokong dan dilindungi.

Apa-apa pun tahniah buat Pas kerana menyokong Bersih sekali gus menyokong perjuangan komunis! Tak apa... tak apa... demi Putrajaya Pas sanggup lakukan apa sahaja. Kalau perlu lacurkan bangsa dan agama, Pas kini sanggup!

Komunis pun komunislah... janji ke Putrajaya.

Share this

1 Response to "Demi Putrajaya... Komunis pun komunislah!"

  1. Inilah PAS yg dah hilang hala tuju dan sedang dibenci oleh oleh Melayu sendiri.
    Di PRU13 nanti, PAS sedar yg mereka tidak akan dapat sokongan kaum Melayu lagi.
    Jadi Bersih2 sajalah harapan terakhir PAS utk ke Puterajaya!
    Melayu mudah lupa ??????

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.