15 June 2011

SPRM perlu siasat projek RM1.8 juta Facebook "Cuti-cuti 1Malaysia" (Updated!)

TERKINI:
Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen kata RM1.8 juta untuk kendali 6 laman Facebook kempen pelancongan Malaysia tak banyak. Lagipun syarikat yang bertanggungjawab IDEAL CREATION SDN BHD mempunyai pakar dalam bidang berkaitan. Baca laporan di sini!

Nota: Aku cari laman web Ideal Creation Sdn Bhd dalam Google tapi tak jumpa. Maknanya syarikat ini tak ada laman web sendiri? Takkan syarikat yang mempunyai "pakar dalam Facebook" tak ada laman web sendiri kut? Company cap ayam mana ni nyonya?

Apakah kemungkinan juga Ideal Creation sub projek ini kepada pihak ketiga dan pihak ketiga sub pula kepada pihak lain, dan sub lagi dan lagi dan lagi sehingga menyebabkan kos urus Facebook ini menjadi begitu mahal? Ada kemungkinan!!

POS ASAL:
Aku terkejut beruk bila Parlimen diberitahu bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk menyediakan Facebook (FB) Cuti-cuti 1Malaysia. Gila babi! FB apa kebenda sampai berjuta-juta lemon ni weih? Bukankah FB ni laman sosial free dan tak ada bayar apa-apa?

Ikut laporan media Timbalan Menteri Pelancongan kata, syarikat yang urus FB ni sediakan beberapa aplikasi tambahan sebab itu mahal. Satu aplikasi harganya beratus ribu. Mak aih gila bapak dia mahal! Tak tahulah aku aplikasi apa yang dibubuh dalam FB sampai mahal lagu tu...

Setahu aku FB ni free je. Siapa-siapa boleh daftar waima  anak dara aku yang baru nak masuk akhir baligh. Tang mana company terbabit nak charge sampai RM1.8 juta? Kalau nak iklankan dalam FB (ala iklan kecik-kecik tepi tu) pun tak adalah sampai beribu-ribu.

Justeru, aku memang harapkan agar SPRM menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak terbabit kerana aku percaya ada yang tidak kena dengan kontrak menyediakan FB Cuti-cuti 1Malaysia itu.

Baca juga apa kata Rocky Bru di sini!

Share this

1 Response to "SPRM perlu siasat projek RM1.8 juta Facebook "Cuti-cuti 1Malaysia" (Updated!)"

  1. penipu betul kementerian dan syarikat tu. memang elok sprm siasat.

    setakat buat fb, awek sekolahpun boleh buat. buat website, awek kolejpun boleh buat cantik. tak payah nak upah syarikat syarikat keparat.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.