24 June 2011

Hanya ceramah sumber kewangan Pas?

Derma jihad! Yang kutip orang Pas, yang derma orang Islam tapi masuk tabung DAP! Bagussss...!!
Salah satu tuntutan Bersih ialah mengadakan kempen selama 21 hari dalam setiap pilihan raya termasuk pilihan raya kecil. Tapi perhimpunan Bersih yang dikepalai Ambiga lupa bahawa Pas dan PKR telah berkempen sepanjang tahun. Tak pernah dengar mereka tuntut permit atau ceramah mereka diserbu!

Kenapa Pas perlu mengadakan ceramah setiap minggu dan kalau boleh setiap hari? Sebab melalui ceramahlah mereka boleh kutip derma dan sumbangan orang ramai yang datang dengar. Makin kuat hentam dan maki kerajaan, makin ramai yang datang dan makin banyaklah wang yang masuk. Sebabnya, hanya itulah sumber kewangan mudah yang mereka peroleh.

Dah jadi wakil rakyat atau Ahli Parlimen atau MB sekalipun, masih saja nak berceramah dan berkempen sana sini sepanjang tahun. Kebajikan rakyat tak pernah dipeduli. Orang kelaparan sebelah rumah pun tak tahu. Ada kenduri kendara orang kampung, haram tak nampak batang hidung.

Mat Sabu adalah antara penceramah paling ramai dihadiri sebab dia kaki hentam dan maki orang. Bila maki dan kutuk orang sampai tak ingat, tapi kadang-kadang dia lupa bahawa dia pun ada sejarah hitam. Dulu dia gelar Anwar Aljuburi bila dia antara pemimpin pembangkang yang mula-mula dapat tahu tabiat Anwar yang suka perkara luar tabii, tapi hari ini bontot Anwar itulah juga yang dia jilat sampai berlendir!

Dah jadi Timbalan Presiden ni makin banyaklah ceramah boleh buat, makin kencanglah poket masing-masing bila makin ramai orang menderma jihad! Tapi pernah ke Pas umum jumlah derma yang mereka kutip setiap kali ceramah diadakan? Aku percaya memang tak pernah! 

Ingat dulu ramai orang kampung yang taksub dengan Pas sampai sanggup jual tanah, jual lembu dan jual harta benda sebab nak menyumbang kepada parti yang konon berjihad ke jalan Allah untuk membentuk negara Islam. Sekarang ini aku tak tahulah masih ada lagi tak orang Pas yang sanggup bergolok-bergadai nak menderma atas nama jihad.

Balik pada ceramah... Ceramah mereka ada yang direct berbentuk kempen politik seperti ceramah "Selamatkan Malaysia" atau ceramah "Pas Ganti UMNO" dan lain-lain. Yang ini terang-terang mereka berkempen supaya tolak kerajaan dan sokong mereka. Ceramah ini kadang-kala disertai puak-puak PKR dan DAP, tapi penganjur biasanya Pas.

Ada juga ceramah atas nama "ceramah agama". Dalam ceramah ini mereka cakap pasal agama sikit saja tapi hentam kerajaan lebih banyak. Bila nak bagi contoh benda-benda tak baik saja, kenen kat kerajaan atau orang UMNO. Penceramah pun makin seronok bila orang ramai ketawa terkekek-kekek atau bertakbir! Ini ceramah kempen jugaklah! Ceramah macam ni pun ada juga "tabung bergerak" sekeliling.

Khabarnya PKR pun dah ikut jejak Pas. Setiap kali adakan ceramah atau kempen, akan bergeraklah tabung sumbangan. Maklum sejak dah tak dapat sumber kewangan dari luar negara ni, PKR dah tak ada duit. Sekarang lagilah sampai pejabat pun kena sita sebab tak bayar sewa. Kesian... Mehlah derma kepada tabung akhirat PKR pulak!

Jadi kalau ceramah Pas dan PKR yang berbentuk kempen diadakan di seluruh pelosok negara dibenarkan, apakah masih perlu kempen pilihan raya diadakan sampai 21 hari? Atau apakah cukup sekadar 10-15 hari sebab puak-puak pembangkang pun dah jenuh dah berkempen sepanjang tahun!

Hasil kutipan derma jihad tak pernah diumum kepada ahli. Kenapa ek?

Share this

0 Comment to "Hanya ceramah sumber kewangan Pas?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.