13 June 2011

Hujan lebat... Perlumbaan GP Kanada terpaksa ditangguh! (Updated!)

KEPUTUSAN:
Jenson Button dari pasukan McLaren muncul juara selepas memintas Sebastian Vettel (Red Bull) pada pusingan terakhir manakala Mark Webber (Red Bull) pula menafikan hasrat Michael Schumacher (Mercedes) untuk naik podium buat kali pertama sejak membuat kemunculan semula apabila memintas pelumba veteran itu pada dua pusingan terakhir untuk menduduki tangga ketiga.

KEMAS KINI:
3.47AM - Perlumbaan akan diteruskan semula mulai 3.50AM (waktu Malaysia).

3.35AM - Perlumbaan masih belum diteruskan. Sudah tertangguh lebih 3 jam. Jika dihentikan maknanya Sebastian Vettel akan diumum sebagai pemenang.

Senarai kedudukan sebelum perlumbaan ditangguh:
1. Vettel (Red Bull)
2. Kobayashi (Sauber)
3. Massa (Ferrari)
4.Heidfield (Lotus Renault)
5. Petrov (Lotus Renault)
6. Di Resta (Force India)
7. Webber (Red Bull)
8. Alonso (Ferrari)
9. De La Rosa (Sauber)
10. Button (McLaren)

3.00 AM - Perlumbaan masih belum diteruskan atau ditamatkan. Masing-masing masih menanti keputusan FIA.

12.28AM - Tiada tanda-tanda hujan berhenti. Perlumbaan masih tertangguh!

12.15AM - Perlumbaan masih tertangguh dan keadaan hujan kelihatan semakin reda tetapi keadaan litar masih digenangi air. Red Bull menjangkakan jika perlumbaan masih ditangguh dalam masa 20 minit lagi, kemungkinan ia akan dihentikan.

POS ASAL:
Sehingga kini perlumbaan Formula One Grand Prix Kanada sudah memasuki pusingan ke-24 tetapi terpaksa dihentikan sementara akibat hujan lebat. Ini kerana keadaan cuaca buruk sedemikian boleh mengundang bahaya kepada para pelumba.

Setakat ini hanya Lewis Hamilton sahaja terkeluar dari saingan akibat terbabas pada pusingan ketujuh.

Para pelumba sudah memasuki pit masing-masing dan menanti keputusan marshal perlumbaan sama ada ia akan diteruskan atau terpaksa dihentikan pada pusingan ke-24 ini di mana pada masa ini Sebastian Vettel masih mendahului perlumbaan, diikuti oleh Kobayashi, Massa dan Nick Hiedfield.

Perlumbaan sebenar di Circuit Gilles Villeneuve, Montreal melibatkan 70 pusingan.

Ulasan langsung perlumbaan di sini!

Share this

0 Comment to "Hujan lebat... Perlumbaan GP Kanada terpaksa ditangguh! (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.