20 June 2011

Kemuntingkan Ambiga, Berahim dan KJ?

Ada orang cadangkan supaya kepala yang mahu anjurkan demo Bersih iaitu Ambiga disumbat di Kemunting bawah ISA. Sebabnya dia cuba cetuskan keadaan huru-hara di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama sumbat juga Ibrahim Ali dan KJ sebab Perkasa dan Pemuda UMNO pun nak anjur demo pada hari yang sama!

Itu kata orang! Kata aku, biar jelah mereka nak berdemo ke berperang ke bergasak ke... Sebab yang akan berperang, berjihad, bertahi palat pun orang Melayu dan yang akan terima akibatnya pun orang Melayu bukannya orang sebangsa Ambiga atau Teresa Cock! Jadi biarkanlah! Apa masalah?

Bukankah orang Melayu memang suka buat kerja-kerja macam tu. Lagi ramai orang Melayu bergasak dan berparang dengan sesama Melayu lagi bagus. Sejarah dah buktikan memang orang Melayu mudah sangat diprovokasi dan mudah melatah.

Ada orang kata orang Melayu ni macam ikan lumba-lumba. Makin orang tepuk tangan, makin tinggi dia melompat. Tepuk je lompat, tepuk je lompat... tepuk sekali lagi, lompat ... dusshhh!! kena cantas kepala!! Hahaha...

Jadi puak-puak yang berdemi 9 Julai ini adalah puak-puak yang seronok apabila mereka ditepuk tapi tak tahu ada yang menunggu masa untuk mencantas! Huhu... Labu labu!

Share this

0 Comment to "Kemuntingkan Ambiga, Berahim dan KJ?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.