29 June 2011

Lega...! Polis dah mula bertindak

Bukti-bukti ini ke yang pemimpin PSM kata boleh diperoleh di mana-mana termasuk Petaling Street? Kalau betullah... Malaysia memang dalam bahaya!!
Terima kasih PDRM, terima kasih IGP, terima kasih Hisham... Nampaknya pihak polis dah mula bertindak ke atas pihak-pihak yang cuba menghuru-harakan negara menerusi perancangan demonstrasi jalanan haram jadah 9 Julai ini. Tak kiralah atas nama Bersih ke, Kotor ke, Najis ke... Baju kuning ke, baju merah ke, baju kelabu tahi anjing ke...memang tindakan polis adalah wajar atas nama "demi keselamatan orang awam dan negara!!"

Aku sebetulnya cukup bimbang sebelum ini apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis selepas lebih 1,000 laporan polis membantah perhimpunan haram jadah itu dibuat, apabila keluarnya kenyataan-kenyataan Ambiga yang akan teruskan perhimpunan walaupun diberi amaran oleh polis dan kemudiannya dikesan wujud usaha pihak PSM yang mahu mengambil kesempatan menyusupkan anasir-anasir komunis dalam perhimpunan tersebut.

Tapi mujur sejak semalam polis mula bertindak. Malangnya, semuanya selepas Hishammuddin "memberi mandat" kepada polis untuk bertindak. Erk.. sedikit janggal apabila seorang menteri mengumumkan telah memberi mandat kepada polis untuk bertindak. Sepatutnya Hisham tak perlu cakap dia dah beri mandat sebab seolah-olah polis kena ikut telunjuk Pak Menteri.Tak pasal-pasal Anwar dah sound polis ikut telunjuk UMNO!!

Pedulilah apa yang Anwar dan puak-puak mereka nak cakap. Apa yang penting aku sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian memang mahu melihat polis bertindak dengan segera dan setegas-tegasnya terhadap mereka yang cuba mencabar undang-undang negara, cuba mencabar polis dan yang cuba menghuru-harakan keselamatan orang awam dan negara.

Dan hari ini buat pertama kali aku melihat ketegasan dalam kelembutan IGP yang sanggup menggunakan perintah darurat jika mereka masih berdegil mahu meneruskan demo tersebut. Yup aku setuju! Patut puak-puak ini yang masih berdegil dan atas nama demokrasi diajar apa itu demokrasi yang sebenar!

Tapi kalau difikirkan sebenarnya itulah yang Anwar, Ambiga, Mat Sabut dan puak-puak ini mahukan, iaitu pihak kerajaan bertindak kasar terhadap mereka dan mereka mahu kalau boleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut digunakan untuk menghalang demonstrasi Bersih. Ini boleh dijadikan modal mereka untuk menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya kerajaan Malaysia di bawah DS Najib Tun Razak. Dari situ mereka boleh mendesak pihak luar campur tangan dan kalau perlu menyerang Kuala Lumpur seperti mana pihak pembangkang Libya yang dibiayai Barat meminta bantuan NATO menyerang Libya untuk menggulingkan Muammar Gaddafi.

Kaedahnya sama, senarionya serupa tetapi isunya berbeza. Aku percaya ini semua adalah perancangan pihak luar untuk menghacur-leburkan negara atas nama demokrasi!

Share this

0 Comment to "Lega...! Polis dah mula bertindak"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.