08 June 2011

Adakan juga pilihan raya tokong, kuil dan gereja.... Ada berani?

Pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya? Wow! Siapa punya idea ni? Takkanlah Ustaz Lim Guan Eng plak? Tak cayalah... Ustaz Lim mana campur tangan urusan hal ehwal agama Islam di Penang yeop! Apatah lagi perihal pemilihan jawatankuasa masjid. Apa masalah cara lama sampai perlu ada pemilihan macam pilihan raya?

Kalau macam pilihan raya bermakna mereka yang nak bertanding kena berkempen habis-habisan, pasang poster, pasang bendera.... eerrr pasang juga kaki pukul, pasang kaki simbah asid, pasang kaki koyak poster, pasang kaki koyak bendera, macam yang selaku kita buat time pilihan raya.

Mereka juga boleh panggil kawan-kawan dari kariah masjid negeri sebelah turun beramai-ramai terutama masa proses pembuangan undi. Opss... jangan lupa pondok panas, perayu undi, pengundi hantu... Itu semua penentu kemenangan calon!! Wow! Mesti meriah tuuu...

Dan selepas buat pilihan raya masjid, Ustaz Lim kena jugalah buat pilihan raya tokong, kuil dan gereja! Kalau boleh buatlah serentak dengan pilihan raya masjid... Laaaaagiii meriah. Wow.. wow!! Tapi Ustaz Lim jangan pula kata tokong, kuil dan gereja tak perlu buat pilihan raya untuk pilih jawatankuasanya sebab itu sudah tidak adil, tidak telus dan tidak berkebajikan namanya... Ustaz Lim!

Bukankah DAP, PKR dan Pas adalah parti politik paling telus, paling adil dan paling berkebajikan? Kalau tidak masakan rakyat Pulau Pinang pilih mereka untuk ganti BN di sana! Betul tak? Tengoklah di Pulau Pinang sekarang... seluruh rakyat hidup aman bahagia. Semua bangsa menikmati pembangunan, kemajuan dan kemewahan negeri itu. Sungguh bijaksana pentadbiran Ustaz Lim!

Elok PRU-13 ni kekalkan saja Pulau Pinang di bawah DAP (Dunia Aku Punya!) ... Wow!

Pssttt... Silap-silap lepas ni pemilihan ketua kampung, tok penghulu dan AJK PIBG pun kena buat ala-ala pilihan raya... Wakakaka! Tahniah Pas... Inilah hasil perjuangan korang dalam pakatan haram zadah tu!

Share this

3 Responses to "Adakan juga pilihan raya tokong, kuil dan gereja.... Ada berani?"

  1. Saya lebih selesa Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP berbanding Gerakan/BN dulu.

    ReplyDelete
  2. Setuju...! DAP & Gerakan sebetulnya 2X5 jeh. Sama-sama parti serpihan PKM! Baca balik sejarah 13 Mei.

    Tapi sekurang2 Gerakan masih dikawal oleh PM (Melayu/UMNO dalam BN) tapi DAP dalam pakatan, siapa yang kawal dia? Yang pasti Kit Siang yang kawal Pas & PKR!

    ReplyDelete
  3. Aku pun selesa bila tengok ramai peniaga Melayu Penang diarah tutup kedai dan pindah... aku pun selesa tengok DAP nak jadikan Penang sebagai Singapura atau Hongkong... Aku pun selesa bila tengok orang Islam Penang berpecah belah... Aku pun selesa tengok orang Melayu Penang masih duk tang tu... Aku pun selesa tengok satu demi satu tanah rezab Melayu dirembat kaum lain... Banyaklah selesanya sekarang ini! Tahniah Lim Guan Eng

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.