20 June 2011

Lynas: Apa kata pakar nuklear!

Unsur nadir bumi dalam Jadual Berkala
Aku baru baca satu blog yang amat menarik dari seorang pakar nuklear (katanyalah!). Blog Unclear Engineer! Dia bercerita tentang projek nadir bumi Lynas dan kenapa dibuat di Malaysia (Kuantan) dan bukan di Darwin ke, Sydney ke atau Adelaide!

Menarik sungguh! Elok puak-puak yang taksub dengan kelentong Fauziah Salleh dan gila meroyan nak berdemo pasal Lynas baca blog ini.

Suatu yang menarik dia tulis:

Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.

Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

Detail kat sini yeop! 

Kalau tak yakin dengan pakar Melayu, cuba baca artikel orang putih di sini!

Share this

0 Comment to "Lynas: Apa kata pakar nuklear!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.