21 June 2011

Najib nak eksport Idris Jala ke Afrika? Alhamdulillahhhh.....

Aku baca dalam laporan Bernama hari ini bahawa Malaysia sedia hantar CEO Pemandu, Idris Jala ke negara-negara Afrika untuk bantu melaksanakan transformasi negara benua itu. Itu kata Najib masa penutup LID 2011 yang menjadi kebencian KJ tu.

Hemm... bagi aku elok juga Najib eksport Idris tu ke Afrika. Sekurang-kurangnya aman sikit JPM sebab tak ada lagi pegawai taraf menteri yang susun atur negara macam syarikat minyak mak bapak dia. Tak perlu lagilah Najib bersusah payah nak "buang" mamat yang dilantik Pak Lah konon untuk selamatkan MAS dulu, yang diberikan doa oleh Pak Lah supaya dibaca agar terang hati, yang akhirnya Pak Lah baru sedar rupakan Idris ni penganut Kristian totok.

Ramai dah orang bercakap soal Idris ini yang nampaknya menguruskan ekonomi negara macam menguruskan kewangan syarikat. Macam dia uruskan MAS-lah! Macam mana nak recover kerugian MAS? Senang jeh! Jual segala aset yang dimilik MAS termasuk bangunan di Jalan Sultan Ismail, KL dan Akademi MAS! Mudah kan?

Begitu juga bila dia jadi kepala Pemandu, macam mana supaya kerajaan tak tanggung beban subsidi ialah dengan menaikkan harga barang termasuk minyak dan gas masak. Dengan cara demikian kerajaan boleh kurangkan bebanan subsidi. Ikut otak Idris, tak apa rakyat susah sikit asal kerajaan tak rugi! Hotak dia!!

Jadi bila PM cadang nak hantar Idris bantu negara-negara Afrika untuk transformasi negara terbabit, aku memang sokong sangatlah. Kalau boleh export sekali Koh Tsu Koon tu. Buat menyemak je! Lantiklah pakar-pakar ekonomi Melayu tetapi yang mempunyai otak pemikiran yang lebih bernas untuk menguruskan Pemandu dan bukannya otak-otak bekas CEO yang hanya pandai jual aset syarikat.

Ramai lagi cerdik pandai di luar sana yang boleh membantu transform negara tanpa membebankan rakyat. Aku percaya cukup ramai bahkan nak cari muka-muka Melayu pun ramai. Tapi bukan Melayu macam Anwar yang belajar bidang sastera tapi bercakap bab ekonomi mengalahkan Gabenor Bank Negara! Hahaha...

Share this

2 Responses to "Najib nak eksport Idris Jala ke Afrika? Alhamdulillahhhh....."

  1. orang melayu yang tajam pemikiran seperti Tun Mahathir dan tun Daim tak ramai. kalau adapun mereka tidak mahu libatkan diri dengan politik.

    ReplyDelete
  2. Bro, CEO Pemandu bukan jawatan politik. Ini jawatan eksekutif bertaraf menteri! Gaji lumayan yeop!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.