20 June 2011

Otak Pemuda UMNO lulusan Oxford! Cisss....

Kalau seorang nyonya kata Anwar bodoh... aku nak kata KJ lagi bodoh! Mana taknya, tiba-tiba nak kritik Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dan mahukan LID dihentikan, sebab konon tidak bawa sebarang faedah! Ciss...

Inikah otak pemikiran Ketua Pemuda UMNO yang lulusan Oxford tu? Memang sahlah KJ ni cerdik tapi tak pandai alias bangang! KJ mungkin tengok apa sangat berdialog dengan negara-negara miskin Afrika dan Carribean. Tapi KJ tak berfikir bahawa banyak faedah yang boleh diperoleh oleh negara terutama dalam bidang ekonomi. Kau ingat Petronas boleh senang-senang masuk dan gali minyak kat Sudan kalau bukan kerana Tun Mahathir dan LID?

Nampaknya dia memang tidak senang dengan segala usaha yang dibuat oleh Tun Mahathir sejak dulu sampailah sekarang. Dulu yalah, bapak mentuanya yang jadi PM adalah orang nak ikut cakapnya. Bila dia kata jambatan bengkok patut dihentikan, maka Pak Lah pun kata elok dibatalkan.

Maaflah KJ! Itu zaman bapak mentua kau yang berkuasa. Tapi sekarang ni zaman Najib dan dia jenis orang tak layan cakap-cakap ahli politik tak cukup masak macam kau KJ! Mungkin agaknya KJ tak puas hati sebab nama Tun Mahathir masih jadi pujaan dalam dan luar negara walaupun dah lama bersara dari arena politik dan tak jadi PM lagi.

Tak macam bapak mentuanya. Dah tak jadi PM langsung lenyap namanya. Aku tak tahulah sama ada dia masih ada hati nak hadiri sidang Parlimen tapi seingat aku sejak dia tak jadi PM, namanya langsung tak kedengaran bukan takat di dalam Parlimen malahan luar Parlimen pun.

Lain pula Tun Mahathir yang namanya masih menonjol menerusi program bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui penghantaran kapal bantuan, persidangan LID dan pelbagai  acara lain yang menuntut kehadiran Tun. Sebab itulah agaknya KJ pun menyibukkan diri dalam pasukan Life Line 4 Gaza, sebab nak saingi Tun Mahathir dan Mukhriz! Hahaha...

Galaknya KJ nak cipta nama, dia pun ikut sama nak berdemo pada 9 Julai ini, konon nak lawan demo Bersih. Malah mereka tetap berkeras nak buat juga walaupun dah diberi amaran oleh Menteri Amaran dan turut ditegur oleh Muhyiddin. Hahaha... Bukan apa! Aku takut nanti dia yang malu sendiri sebab tak ada siapa nak join demo Pemuda UMNO.

Pelik juga, bila depa nak buat pameran kerjaya KJ pakai nama Pemuda BN tapi bila nak berdemo KJ pakai nama Pemuda UMNO. Betul kata adik aku, kenapa bab-bab berdemo ni hanya libatkan Pemuda UMNO? Kenapa tak ada Pemuda MCA, MIC dan Gerakan sekali?

Betul cakap banyak pihak, Pemuda UMNO sekarang memang tak bermaya,  tak berkotel dan tak ada idea sendiri. Sebabnya ketuanya duk sibuk cari projek atau buat projek yang tak beri faedah kepada Pemuda seluruhnya dan UMNO khasnya. Atas sebab itulah gamaknya anak muda Melayu yang berjiwa kental lebih cenderung sertai Perkasa daripada Pemuda UMNO.

Share this

5 Responses to "Otak Pemuda UMNO lulusan Oxford! Cisss...."

  1. Marah nampak! Sabarlah MTB. Engkau jangan nak menjatuhkan maruah kami di Petronas. Kalau mamak tua tu tak ada, apakami tak mampu dapat kerja-kerja gali minyak di luar negara ke? Selama ini mamak tua sekor tu je yang mampu berfikir dan bekerja ke? Dia sudah nyanyok, tak guna biarkan dia terus hanncurkan negara. Biarlah DS Najib yang lebih hebat ini menentukan arah kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Salahkan pemuda UMNO yang pilih dia jadi KP UMNO...Yang jadi exco dia pun yang kaki bodek dan jenis tak reti nak buat kerja... Hentilah KJ serah aje kuasa pada TKP UMNO... Nasib baik tak jadi menteri... kalau tak nak letak porfolia apa pulak...?

    ReplyDelete
  3. Haha Jejak Cemerlang! Aku tak ada nak jatuhkan maruah pekerja Petronas pun. Kalau kau terasa maknanya kau yang tak betul tu! Bukan Tun M.
    Agak2 kalau kau saja2 gi Sudan kata: "Tuan tanah Sudah, Saya wakil Petronas dan saya nak tolong gali minyak di sini. Apakah boleh?"
    Tentulah kerana hubungan Tun M dan kerajaan Sudan yang bolehkan Petronas gali minyak kat Sudan. Lagi pun Petronas masuk Sudan sejak zaman Tun M, bukan zaman Najib..!
    Lagi satu, kalau Tun M duk hancurkan negara aku ingat kau pun tak ada kerja kat Petronas apatah lagi Petronas nak ada 2 menara 88 tingkat sekarang! Jangan cakap sedap mulut je yeop!

    ReplyDelete
  4. cigaraga

    MesinTaipBuruk

    jejak cemerlang tu tak sedar diri... 'cherodik buah peliur', sebab orang tua yang dikatakan 'nyanyok' tu lah kita ni dapat mengenali internet awal daripada negara negara ke3, berinfomasi, mamat jejak cemerlang ni tak reti nak mensyukuri apa yang telah kita nikmati...
    mungkin dia belajor tinggi kut...budak cermerlang OXFORD kut, tu yang tak setuju sangat ngan Tun

    ReplyDelete
  5. Elloo.. jejak cemerlang! dari kata2 ko tu nampak sgt kecenderungan politik ko. Ko lah manusia x mengenang budi. Sebanyak mana org hina pun Tun M sekurang-kurangnya banyak benda yg boleh dia banggakan yg telah dilakukan & nama dia pun pasti di ingati oleh rakyat Malaysia mahupun orang luar. Tapi ko? apa benda yg boleh ko banggakan? siapa pulak ko? anak cucu ko nanti boleh ke berbangga ngan ko? setakat tahu memaki org jer mati pun belum tentu ada org nak sembahyangkan nanti. So sudah2 la tu. Ko balik ko tngok cermin pastu ko tanya diri ko balik. Mak, bapak, akak, abang, adik, bini, anak ko hidup dgn cukup makan. bebas bercuti ke mana2. Mendapat kerja, semua di bawah pemerintan org yg ko panggil mamak tu laaa.. cuba ko dok kat sempadan Thailand silap2 ko dah kena tembak dah. So jadi lah seorang yg berterima kasih. Jgn dak senang sikit mula nak sombong & bongkak. Sebab tu la Allah x jadi ko seorang pemimpin kalau tidak mahu menderita rakyat jelata...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.