05 June 2011

Pas dari parti Islam ke parti sekular?

Lama tak kemas kini blog. Sibuk bercuti!

Bagaimanapun aku nak ucap tahniah kepada barisan kepimpinan baru Pas selepas muktamar baru-baru ini. Tahniah Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar. Inilah barisan kepimpinan yang dipilih oleh lebih 1,000 perwakilan Pas dari seluruh negara yang berkampung di Taman Melewar.

Dengan tersingkirnya para ulama dalam kepimpinan Pas, nampaknya Pas kini sedang melalui proses trasformasi, dari sebuah parti Islam kepada parti sekular, sepertimana yang mereka sendiri gelar kepada UMNO sebelum ini. Alhamdulillah... nampaknya Allah nak tunjukkan kebenaran!

Aku percaya selepas ini Pas yang dahulunya sibuk untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud akan menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh PKR dan DAP, dua sekutunya dalam pakatan pembangkang. Sejarah dan asas perjuangan parti bakal ditinggalkan jauh-jauh.

Pas selepas ini akan lebih sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang rosak moralnya daripada memperjuangkan soal-soal agama Islam. Malah Pas juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.

Sebabnya bagi Pas, agama dan bangsa tidak lagi menjadi tunjang perjuangan sebaliknya matlamat sekarang ialah menduduki Putrajaya dengan pakatan bersama PKR dan DAP.

Dan aku percaya kemenangan team Anwarisna ini ada hikmah yang mahu ditunjukkan oleh Allah. Sekurang-kurangnya Pas selepas ini tidak lagi mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik dan sudah pasti tidak juga menggunakan kuasa politiknya untuk kepentingan agama.

Pas sudah berubah... Pas kini semakin sekular...! Tahniah!

Share this

1 Response to "Pas dari parti Islam ke parti sekular?"

  1. pas bukan parti islam tapi sebaliknya pas dah sama macam dap menentang islam dan melayu....kah...kah...kah..tapi aku pelik apa umno buat......diam saja ka .. masa ni la...you all kempen dan tentang habis kpd pas dan dap ...kah...kah...kahhhh

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.