10 June 2011

Bola Kelantan naik kerana Pas! (Upadated!)

TERKINI:
Tahniah Terengganu kerana muncul juara Piala FA 2011 selepas tewaskan Kelantan 2-1 (jangkaan aku menang 2-0). Terengganu patut berterima kasih kepada Daudsu sebab tolong samakan kedudukan yang akhirnya dapat menjulang piala tersebut buat kali kedua.

POS ASAL:
Berkat doa Nik Aziz, bola sepak Kelantan kini semakin cemerlang!
Esok akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan dua negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Wah... Kelantan sejak beberapa tahun ini melonjak betul dalam sukan bola sepak. Bukan setakat menjulang Piala Malaysia tahun lepas, tahun ini berpeluang pula julang Piala FA dan Liga Super.

Tapi ada orang Pas berbangga dengan peningkatan prestasi pasukan bola sepak Kelantan yang katanya hasil usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat. Mereka bangga benar apabila negeri Kelantan berjaya melonjakkan nama dalam sukan bola sepak.

Atas sebab itulah kerajaan Pas Kelantan tiba-tiba mahu membina stadium baru di Pasir Puteh yang lain daripada stadium lain yang ada di Malaysia sebab ia lengkap dengan ruang solat! (Bukan apa... mudah bagi puak-puak Pas nak buat solat hajat beramai-ramai kat stadium!!)

Mereka kata kalau tidak ada dasar negeri berkebajikan seperti yang mula menjadi dasar Pas sejak 2008, pasukan bola sepak Kelantan tak akan melonjak sehingga sekarang dan mampu melahirkan pemain-pemain bola sepak terbaik seperti penjaga gol Khairul Fahmi atau penyerang sensasi, Shahrul Idlan Talaha. Tengoklah sekarang, kebajikan para pemain bola dan anak isteri di rumah terbela.

Kalau betullah pasukan bola sepak Kelantan melonjak sekarang kerana kebijaksanaan dan dasar kerajaan Pas Kelantan aku ucap tahniah...! Wow!!! Lepas ni Nik Aziz patut dilantik sebagai pengurus skuad Kelantan dan gelaran "The Red Warrior" patut ditukar kepada "The Green Warrior"!

Tapi Aku ramal... Terengganu menang 2-0!

Share this

3 Responses to "Bola Kelantan naik kerana Pas! (Upadated!)"

  1. TG Nik Aziz memang habat sokmo..
    PAs ni tgk la TG Guan Eng bg Penang maju plak.. tgh menuntut tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. yg gua tak tahan penyokong2 kelantan ..,,tak nk mcm huru hara plak kan..,paham je la rakyat kelanan cam ne

    ReplyDelete
  3. Peningkatan team kelantan kerana UMNO Kelantan berada dalam KAFA, 40 peratus KAFA pro UMNO, diterajui oleh Anuar Musa...
    PM bagi peruntukkan...kerajaan negeri lak lembu punya susu sapi dapat nama

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.