13 June 2011

Pelajar AF9 gedik muncul naib juara!

Lena yang aku gelar budak gedik muncul naib juara... Tahniah! (Foto dari Utusan Online!)
Ingat entri aku pasal salah seorang pelajar AF9 masa mula-mula ia disiarkan dulu? Aku tulis begitu gediknya pelajar terbabit walaupun baru pertama kali muncul di TV dan perasan ramai peminat. Baca selanjutnya di sini!

Malam ini pada konsert akhir AF9, pelajar tersebut muncul naib juara di belakang Hazama. Dan sebab kemenangannya itu aku patut ucapt tahniah! Aku tak tengok sangat konsert atau diari AF9 sebelum ini jadi aku tak pasti sama ada dia terus gedik dan perasan atau sudah berubah.

Tapi Lena harus ingat  perjalanannya sebagai artis baru bermula dan selepas ini banyak cabaran yang bakal beliau tempoh. Kalau nak bertahan lama dalam dunia hiburan, jagalah diri, jaga nama baik keluarga dan yang penting selalu ingat bahawa kita orang Islam.

Selamat menempuh gelombang dunia hiburan bukan sahaja buat Lena tetapi juga Hazama, Fina dan lain-lain juga.

Pssstt...! Sekadar nasihat!

Share this

0 Comment to "Pelajar AF9 gedik muncul naib juara!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.