Presiden Kazakhstan tidak ada anak lelaki... (Updated!)

KEMAS KINI:
Ok! Aku terlepas pandang. Benar, Presiden Kazakhstan mempunyai tiga isteri iaitu Sara Nazarbayeva (isteri resmi), Gulnara Rakisheva (isteri kedua) dan Assel Issabayeva yang juga bekas Ratu Astana 1999 sebagai isteri ketiga. Jadi mungkin anak lelaki beliau adalah dari isteri keduanya, Gulnara atau ketiga, Assel Issabayeva.

POS ASAL:
Presiden Kazakhstan bersama isteri, anak-anak dan menantu
Khabar angin bertiup kencang konon kunjungan Najib ke Kazakhstan bukan sekadar lawatan rasmi pembesar negara tetapi pada masa yang sama berbincang tentang perkahwinan anak perempuan beliau dan anak Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Itulah yang diwar-warkan oleh beberapa blog propembangkang termasuk Dr. Dzulkefly Ahmad dan blog Tukar Tiub sejak semalam.

Sebenarnya khabar angin ini sudah aku dengar sebulan lepas, jauh sebelum Najib memulakan lawatannya. Tetapi aku mengambil keputusan menolak khabar tersebut selepas disemak di internet yang mengesahkan Nursultan tidak mempunyai anak lelaki melainkan tiga anak perempuan sahaja iaitu Dariga, Dinara dan Aliya. Ia hasil perkahwinan Nursultan dengan Sara Alpysqyzy. (Semak di sini atau di sini!)

Bila maklumat tersebut diperoleh, maka aku terfikir mungkin juga Najib nak satukan anak lelakinya dengan salah seorang anak perempuan Nursultan tetapi itu juga amat mustahil kerana ketiga-tiga anak Nursultan sudah pun berkeluarga. Tak tahulah pula andai ada di antaranya itu sudah berstatus ibu tunggal maka bolehlah dikahwinkan dengan anak Najib.

Dariga, anak sulung Nursultan kini berusia 48 tahun, Dinara (43 tahun) manakala Aliya yang juga anak bongsu berusia 31 tahun dan sudah berkahwin!

Jadi berdasarkan kenyataan itulah aku menolak khabar tersebut dan aku juga "tidak berani" untuk memecahkan berita tentang khabar tersebut di blog aku sehingga kini walaupun khabar mengenainya sudah aku ketahui sejak sebulan lalu.

Namun, jika betul apa yang dihebohkan itu, apakah bermakna Nursultan, presiden yang disayangi oleh rakyat Kazakhstan itu mempunyai anak lelaki dari isteri lain? Wow!

Kalau dengan cucu Nursultan mungkin ada lojik jugak tapi cucu beliau Aisultan Nazarbayev iaitu anak kepada Dariga baru berusia 20 tahun... Hemmmm!!!
Presiden Kazakhstan tidak ada anak lelaki... (Updated!) Presiden Kazakhstan tidak ada anak lelaki... (Updated!) Reviewed by mesin taip buruk on 6/07/2011 07:54:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.