02 June 2011

Puak-puak Pas kena baca ini...

Tahniah kepada Utusan! Walaupun Utusan akhbar milik UMNO tetapi mereka juga beri tumpuan kepada Muktamar Pas. Bukan tahun ini sahaja, malahan aku rasa sejak beberapa tahun lepas. Sekurang-kurangnya ahli-ahli Pas boleh membaca laporan "the other side of story" hasil muktamar tu. Tak adalah bergantung kepada Haramkah sahaja.

Dan aku percaya laporan di bawah ini mesti Haramkah tak keluarkan. Maklum, mana boleh cerita pembantaian terhadap pemimpin mereka dikeluarkan, apatah lagi mengaitkan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Karpal Singh.

Laporan Utusan Online mendahului Haramkah Daily...!
Puak-puak Pas jangan pula kata laporan Utusan itu fitnah hanya sebab Haramkah tak laporkan sebab ia didengar oleh ribuan perwakilan yang hadir di Taman Melewar. Maklum mereka selama ini sudah ditanam dengan sentimen konon apa sahaja laporan Utusan tu bohong dan fitnah.

Aku pun setuju dengan Harun Taib sebab sejak Pas berkawan dengan penipu no. 1 negara dan peliwat serta kafir harbi ni, mereka sudah semakin lalai dan mula mengabaikan perjuangan asal mereka. Kalau diambil kira keadaan Pas sekarang, parti itu bukan sahaja lebih kurang UMNO, kadang-kadang lebih teruk!

Share this

0 Comment to "Puak-puak Pas kena baca ini..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.