17 June 2011

Sogo adakan Jualan Bersih?

Wow! Terkesima dengan promosi penganjur Bersih 2.0 yang menyatakan perhimpunan haram itu bakal membawa keuntungan besar kepada para peniaga di sepanjang jalan yang terlibat dalam perhimpunan itu, khabarnya pengurusan Sogo segera membuat keputusan untuk mengadakan Jualan Bersih! pada 9 Julai ini.

Ia diadakan bersempenan dengan perhimpunan Bersih yang dijangkakan beratus ribu orang akan menyerbu Sogo pada hari tersebut. Selain orang ramai yang menyertai perhimpunan itu, Sogo juga bakal diserbu oleh pasukan FRU dan para petugas keselamatan. Menyedari keadaan itu Sogo berinisiatif untuk mengadakan Jualan Bersih! pada hari tersebut.

Hemmm... Selain Sogo, beberapa pemilik toko perniagaan seperti Kamdar, Gulati's, Jakel bahkan toko-toko penjual tudung, penjual buku, penjual air mineral dan buah-buahan sehinggakan penjual keropok lekor, pisang goreng dan sebagainya di sekitar Jalan TAR dan Jalan Bonus juga akan mengadakan kempen Jualan Bersih mereka.

Mereka nyata tidak mahu melepaskan peluang mengaut keuntungan yang begitu besar ekoran perhimpunan bersih tersebut.

Wow...!! Difahamkan selepas mengadakan jualan Bersih, para peniaga dan pemilik toko sekitarnya akan "bercuti" berniaga selama seminggu kerana nak menikmati keuntungan besar yang diperoleh ekoran perhimpunan Bersih dan Jualan Bersih tersebut. Ada juga yang mahu mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah di Mekah tanda kesyukuran atas rezeki yang dilimpahkan itu.

Hahaa... Mana nak cari satu hari berniaga boleh untung juta-juta beb! Cayalah Ambiga dan Mat Sabu! Lu orang memang sesuai jadi tag-teamlah! Hidup Ambiga! Hidup Mat Sabu! Hidup Bersih!!

Huhuuu....
 *Ops... Maaf! Tiada Jualan Bersih yang diwar-warkan ini. Ia cuma imaginasi penulis dan tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati.

Share this

0 Comment to "Sogo adakan Jualan Bersih?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.