07 July 2011

91 orang dilarang berada di kawasan Kuala Lumpur

Aku terima mesej menyatakan pihak polis telah mendapat perintah mahkamah melarang 91 individu yang disenaraikan berada dalam kawasan Kuala Lumpur bermula esok sehingga Sabtu malam. Mereka antaranya termasuk Ambiga, Ibrahim Ali, KJ, Anwar Ibrahim, Zulkifli Noordin dan lain-lain!

Senarai nama kesemua individu itu sedang aku usahakan. Kalau dapat aku akan senaraikan di sini!

1. S. Ambiga
2. Wong Chin Huat
3. Maria Chin Abdullah
4. Anwar Ibrahim
5. Nik Aziz Nik Mat
6. Mohamad Sabu
7. Lim Kit Singa
8. Hishamuddin Rais
9. Anthony Loke
10. Lau Wen San
11. Teresa Kok
12. Hadi Awang
13. Salahuddin Ayub
14. Mahfuz Omar
15. Nasarudin Hassan
16. Mohd Hatta Mohd Ramli
17. Dzulkifli Ahmad
18. Mujahid Yusof
19. Syed Azman Syed Nawawi
20. Khalid Samad
21. Mohd Nizar Jamaluddin
22. Azmin Ali
23. Nurul Izzah Anwar
24. Chua Tian Chang
25. Shamsul Iskandar bin Md Akin
26. Badrul Hisham Shaharin
27. Khairul Anwar
28. Syed Shair Syed Mohd29. Ibrahim Ali
30. Abdul Rahman Bakar
31. Syed Hassan Syed Ali
32. Khairy Jamaludin
33. Megat Firdouz Megat Junid
34. Reezal Merican Naina Merican
dan lain-lain...

Individu terbabit tidak dibenarkan memasuki KL mulai esok dan jika melanggar arahan mereka boleh ditahan kerana melanggar perintah mahkamah! Ini kerana kesemua 91 individu itu dipercayai "kepala" gerakan perhimpunan haram baik Bersih, Patriot mahupun Perkasa.

Pergh... Luar biasa tindakan polis kali ini! Aku dan seluruh rakyat yang cintakan keamanan tak kisah macam mana pihak polis nak lakukan yang penting anasir-anasir yang cuba membuat kekecohan di ibu negara bahkan di mana-mana ceruk dalam negara perlu dipatahkan bagi memastikan seluruh rakyat, pelancong asing dan pelabur merasa selamat berada di Malaysia!

Share this

0 Comment to "91 orang dilarang berada di kawasan Kuala Lumpur"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.