08 July 2011

Bahang ketakutan mula dirasai warga KL.....!!!

Sungguh hari ini aku mulai rasa takut dengan situasi yang bakal berlaku esok. Aku percaya aku tak sendirian tetapi jutaan warga KL lain pun turut merasakan suasana sedemikian. Dengan kedegilan puak-puak Bersih yang tetap mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan dengan tindakan pihak polis yang menyekat laluan di sana sini, serta arahan larangan masuk ke KL ke atas begitu ramai individu, aku membayangkan betapa seriusnya situasi hari ini dan esok.

Aku telah menyebarkan pesanan kepada saudara mara agar jangan datang ke KL hujung minggu ini atau kalau berada di sekitar Lembah Klang, jangan sibuk-sibuk nak shopping di KL esok sebab mereka bakal berhadapan dengan situasi buruk, sekurang-kurangnya kesesakan lalu lintas yang teruk akibat tindakan polis menutup dan melencong laluan. Esok lebih baik duduk di rumah masing-masing dan bermain dengan anak atau layan TV!

Sungguh, KL tak pernah menghadapi situasi genting seperti ini walaupun ketika demonstrasi reformasi pada 1998 lalu. Bayangkan tak pernah pihak polis menutup Hentian Pudu Raya, Hentian Putra dan Hentian Pekeliling pada setiap demonstrasi yang diadakan sebelum ini, baik demo reformasi, Hindraf, Bersih pertama, anti-ISA, PSSMI dan lain-lain sebelum ini. Tetapi kali ini langkah itu diambil oleh pihak polis sungguh luar biasa!

Apakah bermakna demonstrasi Bersih 2.0 ini begitu berbahaya sehinggakan pihak berkuasa bertindak sedemikian? Apakah benar gerakan demonstrasi kali ini didalangi oleh musuh-musuh negara dari Barat dan mendapat sokongan modal dan moral dari pertubuhan antarabangsa?

Dengan tindakan pihak polis dan dengan sikap Ambiga yang tidak menampakkan ketakutan, aku percaya dengan khabar semua itu walaupun aku sebetulnya begitu takut untuk menghadapinya. Apakah KL bakal menjadi seperti Mesir, Syria atau Libya? Masya-Allah apakah puak-puak Bersih yang turut mendapat sokongan puak-puak Pas dan orang-orang Melayu yang taksub mahu melihat negara ini runtuh dan tersungkur seperti Mesir?

Apakah orang kita sudah semakin gila atas nama demokrasi sehinggakan sanggup menghancurkan negara semata-mata mahu menumbangkan kerajaan yang sudah dipilih rakyat? Benarkah pemerintahan BN di Malaysia ini sama dengan pemerintahan kerajaan Mesir, Syria, Bahrain, Libya sehingga mereka mahu ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan?

Tolonglah! Hentikan semua itu kerana aku tahu dan majoriti rakyat tahu bahawa itu semua adalah alasan pihak-pihak tertentu yang didukung anasir luar untuk memusnahkan negara Malaysia. Mereka tidak peduli pun andai selepas ini negara hancur berderai, ekonomi negara merudum dan rakyat berpecah-belah dan berpuak-puak sebab mereka boleh angkat kaki dan tinggal di negara-negara yang membiayai mereka.

Akhirnya yang menerima akibat ialah rakyat seperti aku dan korang semua...!!

Ini pesanan kawan aku dalam FB:
Buat apa kita bersengketa, mereka yg berkenaan mencari pengaruh dan kuasa, walaupun kelihatan tidak seirama, tetapi kalau bertemu tetap bersalam mesra, masih boleh makan minum semeja, rakyat marhaen apa yang ada? sanggup tidak menghadiri kenduri saudara dan tetangga, yang paling parah memutuskan silaturahimnya, hanya kerana berlainan ideologinya, padahal sama seagama...itulah tanda2 bangsa yg akan pupus di alam fana.

Share this

1 Response to "Bahang ketakutan mula dirasai warga KL.....!!!"

  1. Kami turut sependapat dengan anda. Tuntutan BERSIH hanya di atas kertas sahaja. Mereka ada agenda tersirat.

    Kita berdoa kepada Allah SWT supaya negara ini dipelihara. Negara ini sahaja yang kita ada untuk hidup.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.