14 July 2011

Ambabiga: Laporan polis=2,000; Desakan=beribu-ribu; Tindakan=0

Ambabiga eh... Ambiga boleh tersenyum bangga. Usahanya untuk menghuru-harakan KL berjaya. Matlamatnya untuk mengaibkan pemerintahan Najib di mata dunia berhasil. Malah dia turut puas kerana orang-orang Melayu dan Islam menjadi askar upahannya manakala pemimpin Pas pula menjadi kuda tunggangan.

Malah dia tersenyum puas kerana media-media asing "menghentam" kerajaan dan polis Malaysia kerana konon para pendemonstran diberi layanan buruk. Malah kegembiraan bukan sahaja diraikan oleh Ambiga, tetapi juga Anwar Ibrahim selaku tok dalang disebalik perhimpunan haram 9 Julai.

Malah sehingga kini Ambiga sedang seronok menghitung keuntungan yang diperoleh hasil gerakannaya itu. Jutaan wang telah masuk ke akaunnya atau akaun-akaun tersembunyi hasil sumbangan pihak luar. Mungkin kini dia berkira-kira untuk terbang bercuti ke mana-mana destinasi di luar negara dengan sepuas-puasnya.

Alangkah bertuahnya menjadi Ambiga. Biarpun telah menjadi kepala rusuhan di ibu negara tetapi sehingga kini dia masih boleh menghirup udara segar. Bayangkan sebelum perhimpunan haram 9 Julai sudah ada lebih 2,000 laporan polis dibuat oleh rakyat Malaysia menerusi pelbagai NGO, ribuan lagi desakan supaya mengambil tindakan ke atasnya selepas menipu Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat kerana tetap mengadakan demo haram jalanan walaupun sudah berjanji untuk mengadakannya di stadium tetapi sehingga kini tindakan oleh kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri... KOSONG... ZERO!

Apakah kerajaan termasuk Perdana Menteri masih juga tetap mengambil sikap BIARKAN! Atau cukup hanya sekadar mengutuk dan menghentam di majlis-majlis perjumpaan rakyat sahaja yang sebenarnya tidak memberi kesan sedikit pun kepada Ambiga. PM boleh kutuk, hentam dan kata apa sahaja kepadanya atau Anwar tetapi kenyataannya misi mereka sudah berjaya.

Aku yakin kejayaannya mengumpul 10,000 orang Melayu dan Islam termasuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari seluruh pelosok negara sudah memberi kejayaan besar kepada mereka sebab aku yakin bukan jumlah pendemonstrasi yang mereka sasarkan dan bukan juga sebab mahu menghantar memorandum tetapi kerana mereka mahu menguji sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap mereka.

Ah alangkah bertuahnya menjadi Ambiga... Dan aku percaya serta yakin, kejayaan mereka mengadakan perhimpunan haram 9 Julai sudah mampu memberi semangat dan dorongan untuk melahirkan lebih ramai "Ambiga" selepas ini yang menjadi kepala penggerak gerakan demonstrasi haram sebab mereka tahu, mereka tidak akan diapa-apakan kerajaan!

Dan aku tidak terkejut andai selepas ini akan ada pula perhimpunan haram Bersih 3.0... 4.0... 5.0.... !!!

Share this

0 Comment to "Ambabiga: Laporan polis=2,000; Desakan=beribu-ribu; Tindakan=0"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.