11 July 2011

Apabila Marina Mahathir turut sertai demo haram...!!

Marina Tun Mahathir ikut berdemo Bersih...!
Terkedu aku bila dapat tahu Marina Mahathir, anak perempuan negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menyertai demo haram Bersih Sabtu lepas. Marina mengaku menyertai perhimpunan haram itu kerana menemani anak perempuannya yang ikut berdemo. Marina menceritakan detail mengenai pergerakan demonya di sini!

Nampaknya penglibatan Marina dalam demo haram itu bertentangan dengan apa yang dinasihatkan oleh bapanya mengenai demonstrasi. Baca pandangan Tun pasal demo di sini!

Bukan itu sahaja. Dah lama aku sedari suara Marina banyak juga yang berbau propembangkang. Bukan dalam blog Rantingnya sahaja tetapi juga dalam kolum-kolumnya di akhbar dan media alternatif. Aku tahu Tun tentu menyedari "perjuangan" anak perempuannya ini. Begitu juga dengan cucu-cucunya. Jika benar Marina dan anak-anaknya menyokong perjuangan pembangkang, sudah pasti ia merupakan satu tamparan hebat kepada Tun sendiri.

Tun sebagai bekas PM dan seorang negarawan terulung banyak memberikan nasihat dan tindakan untuk kepentingan rakyat. Begitu banyak jasanya kepada UMNO, orang Melayu dan negara. Sudah pasti itu tidak pernah dinafikan oleh Marina sendiri. Tetapi bagaimana rakyat mahu mendengar nasihat dan pandangan Tun selepas ini andai anaknya sendiri membawa haluan berbeza? Dan kenapa Marina memilih jalan yang berbeza?

Penyertaan Marina dalam demo Bersih tempoh hari, sama ada satu kebetulan, sengaja atau apa sahaja alasan, sudah pasti memberi political milage yang besar kepada Ambiga, puak-puak Pas dan lebih-lebih lagi Anwar sendiri. Nampaknya puak-puak ini mendapat modal tambahan untuk dijaja kepada rakyat dalam ceramah-ceramah politi mereka selepas ini.

Aku tidak pasti sama ada penyertaan Marina dalam demo tersebut mendapat restu ibu bapanya atau disedari oleh Tun dan Siti Hasmah atau tidak. Tapi aku percaya kalau mereka tahu sudah pasti mereka tidak akan memberikan restu. Tapi entah!

Aku faham kalau pemikiran Marina agak berbeza berbanding adik beradiknya yang lain. Dalam banyak hal, terutama dalam memperjuangkan nasib rakyat selepas pernah menjadi pengasas Majlis Aids Negara dan perjuangan terhadap golongan wanita. Tapi tak tahu pula kalau sekarang ini dia berjuang untuk Anwar, manusia yang menjadikan bapanya sebagai musuh nombor wahid!

Marina seorang aktivis masyarakat dan bukan ahli  politik tetapi penyertaan Marina dalam demo Bersih tempoh hari memang memberi 1001 pertanyaan kepada para pencinta keamanana dan rakyat yang selama ini menyanjung tinggi bapanya, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Apa kata Tun mengenai hal ini?

Share this

2 Responses to "Apabila Marina Mahathir turut sertai demo haram...!!"

  1. I believe Tun akan kata "saya tak terkata"

    dalam buku beliau ada mengatakan: marina seperti beliau sendiri "agak degil"

    ReplyDelete
  2. biasa le anak orang senang..dia kan mana penah hidup susah..seumur hidup ditatang bagai minyak penuh...dia bukan lah melayu sejati yang beragama Islam..Islam ke kalau dah menyokong Ambiga tu??

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.