13 July 2011

Anwar bakal sambut raya di Sungai Buluh?


Perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari oleh Anwar Ibrahim yang akan masuk ke peringkat pembelaan diri tertuduh iaitu Anwar Pandukuti akan bermula 8 hingg 26 Ogos, atau dengan kata lain pada bulan Ramadan. Ini bermakna, ketika seluruh umat Islam didunia memelihara pancaindera dan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan, Anwar terpaksa menceritakan kisah dia meliwat Saiful.

Jika Anwar menghormati bulan Ramadan dan jika dia berpuasa, sudah pasti Anwar tidak boleh berbohong ketika membela diri di mahkamah kelak sebab orang berpuasa dilarang bercakap bohong. Lagipun, berbohong pun menyalahi peraturan mahkamah dunia apa lagi mahkamah akhirat, sudah pasti lebih besar dosanya! (ingat pesan makcik yang tak boleh masuk Masjid Negara masa demo Bersih aritu. Videonya di sini!)

Tapi aku percaya Anwar tidak peduli semua itu. Selama ini pun segala mak nenek, belakang depan, lelaki pompuan habis dia langgar inikan pula soal berbohong di bulan Ramadan. Sudah pasti tidak ada masalah baginya. Lagipun berbohong sudah sebati dalam hidupnya! Alah... takat nak pusing cerita liwat, small matterlah bro! Huhu... Itulah gamaknya dalam hati Anwar. Cuma yang gusar ialah Wan Azizah...

Cuma aku rasa akan ada tok-tok guru dan ostaz-ostaz liPAS yang akan keluar fatwa tak boleh mengadakan perbicaraan kes-kes liwat di bulan puasa sebab nak menghormati bulan Ramadan. Dan akan dikeluarkanlah segala nas-nas hadis dan Quran yang diputar belit sebegitu rupa supaya menampakkan bahawa memang berdosa buat perbicaraan kes liwat bulan puasa. Sebabnya nanti akan keluarlah segala cerita-cerita dalam seluar dalam warna putih Anwar apabila perbicaraan ini berlangsung. Bukankah itu berdosa? Hehe...

Dan puak-puak penjilat bontot Anwar pula pasti akan menjerit melolong konon Najib sengaja buat perbicaraan tu menjelang Hari Raya supaya jika hakim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar, maka sudah pasti dia akan menyambut Hari Raya di Sungai Buloh! Wohoho...

Share this

0 Comment to "Anwar bakal sambut raya di Sungai Buluh?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.