08 July 2011

Jalan-jalan utama di KL mula ditutup mulai 12.01 malam ini

KL bakal lumpuh ekoran perhimpunan haram... Memang haram jadah!
Facebook PDRM mengumumkan penutupan beberapa jalan utaam di Kuala Lumpur bagi menghalang perhimpunan haram esok. Jalan-jalan ini akan ditutup mulai 12.01 tengah malam ini. Siapa nak masuk KL kena ikut jalan lain. Anwar Ibrahim nak balik Segambut pun kena lalu ikut lain... Jangan degil!

Jalan-jalan yang ditutup:

  • Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
    Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
  • Sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching.
  • Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Khabarnya beberapa pejabat kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan para pekerja mereka balik awal iaitu sekitar pukul 4 petang. Esok banyak pejabat swasta yang bekerja hari Sabtu khabarnya ditutup. Begitu juga pusat-pusat membeli belah.

Jangan marah pihak polis sebab susahkan kalian, tapi marahlah mereka yang bongok dan tolol nak berdemonstrasi di tengah Kuala Lumpur...!!

Perhimpunan haram memang haram jadah! Ptuuiihhh...!!

Share this

0 Comment to "Jalan-jalan utama di KL mula ditutup mulai 12.01 malam ini"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.