07 July 2011

Kalau dah haram ia tetap haram!

Benda haram buat macam mana pun dia tetap haram. Kalau dah nama haram, bukan takat pakai bajunya, sentuh pun dah kira haram. Sama juga Bersih... Ia adalah satu pertubuhan haram sebab tak pernah didaftar dengan mana-mana pertubuhan. Sebab ia pertubuhan haram maka mereka yang memakai baju berlogo Bersih dianggap menyalahi undang-undang sebab dianggap menghasut orang ramai secara langsung menyokong pertubuhan haram ini.

Jadi koner kut mana pun selagi Bersih tidak mendaftar sebagai sebuah pertubuhan maka ia akan tetap haram dan sebagai pertubuhan haram, sudah pasti mereka tak boleh sewenang-wenang nak tunjuk kuasa. Bersih bukan macam Perkasa dan Pemuda UMNO sebab kedua-dua pertubuhan ini adalah pertubuhan berdaftar. Perkasa sebagai NGO yang didaftarkan di bawah ROA dan Pemuda UMNO pula adalah sayap parti UMNO, sebuah pertubuhan politik berdaftar.

Kalau Bersih tak mahu daftarkan dirinya sebagai NGO yang sah, mereka boleh letakkan Bersih di bawah mana-mana biro dalam parti politik, misalnya PKR atau Pas. Bila jadi biro bawah parti politik berdaftar maka Bersih jadi "halal" dari segi undang-undang. Tapi Ambiga kata Bersih tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Jadi Bersih akan kekal haram selagi ia tidak didaftar.

Ambiga tahu perkara itu sebab dia seorang peguam. Tapi Ambiga cuba mempolitikkan isu Bersih. Dah tahu ia haram tapi berlagak nak mampus. Nak anjur Bersih dah lah tak mahu mintak permit konon dah dapat perkenan Yang Dipertuan Agong, lepas tu minta macam-macam lagi termasuk nak bertemu PM-lah, Agong-lah! Bila dah bertemu tak ada pulak nak serah memo!

Halooo... Ambiga tu siapa? Sultan ke? Agong ke? Bakal PM ke? Nak mintak itu ini. Kerajaan dah bagi kebenaran berhimpun kat stadium pun dah mujur ini nak mintak macam-macam lagi. Huh...!

Orang macam ni elok ikut kata Usop Wilcha je... kite bako je... kite bako je!

Share this

0 Comment to "Kalau dah haram ia tetap haram!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.