06 July 2011

Kenapa Ambiga tak serah memo tuntutan kepada Agong?

Ambiga dipersoal kenapa tak serah memo Bersih ketika menghadap Agong?
Soalan yang bermain dalam benak fikiran ramai rakyat yang cintakan keamanan ialah KENAPA AMBIGA TAK SERAH MEMO TUNTUTAN BERSIH KETIKA DIA MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG? Kenapa dia menghadap hanya untuk memohon mengadakan perhimpunan Bersih sedangkan perhimpunan Bersih diadakan bagi menyerahkan tuntutan berhubung pilihan raya kepada Agong?

Memang pelik bin ajaib! Apakah ketika Ambiga mengadap Yang Dipertuan Agong selepas baginda menitahkan agar tidak mengadakan demo haram di jalanan, memo tersebut masih belum disiapkan atau sememangnya TAK ADA PUN MEMO tersebut!

Pelik kan? Aku nak tanyalah puak-puak yang pro-Bersih ni, kenapa ya peluang untuk menyerahkan memorandum terus kepada Yang Dipertuan Agong tidak dimanfaatkan? Sedangkan bukan senang rakyat marhain nak menghadap  baginda semata-mata nak bagi tahu "patik memohon mengadakan demonstrasi jalanan, Tuanku!"

Kenapa ya... kenapa? Apakah ini mengesahkan lagi bahawa memo tuntutan pilihan raya bersih dan adil hanya permainan wayang untuk mengelabui mata pihak berkuasa dan rakyat tetapi realitinya Bersih adalah usaha menjatuhkan Najib Tun Razak dan kerajaan BN yang dipilih rakyat melalui demonstrasi jalanan sepertimana rakyat Mesir menjatuhkan Hosni Mubarak?

Kalau macam tu, elok kerajaan tak perlu adakan PRU-13 tetapi kita sama-sama pakat berdemo di jalanan saja. Buat macam di Thailand puak-puak pakai baju kuning lawan dengan puak-puak baju merah. Meh pakat lawan dan tengok siapa menang dia boleh memerintah negara! Yup, apa masalah... kalau negara musnah pun ia atas nama demokrasi. Kalau rakyat susah pun apa masalah sebab ini (konon) tuntutan rakyat, suara rakyat.

Apa peduli... Kalau agak-agak polis dan tentera tak boleh kawal, kita panggil tentera Bersekutu AS, Britain dan Perancis atau panggil tentera NATO atau kalau jauh sangat panggil saja Tentera Singapura jaga negara kita. Tak pun panggil tentera pengaman PBB! Apa susah... camna?

Opss.. jangan tanya mana Anwar! Dia dah berlazat-lazat makan angin di luar negara. Jangan juga tanya Nik Aziz pun sedang berseronok makan angin di seberang laut. Mana Mat Sabut, Ambiga, Lim Kit Siang, Karpal Singh... Oh... mereka sedang berseronok tengok berita kat TV di rumah masing-masing bersama anak bini tentang rusuhan rakyat paling dahsyat di abad ini!!

Dan yang bergelimpangan di jalanan ialah orang MELAYU dan ISLAM yang bodoh dan tolol....!!

Share this

0 Comment to "Kenapa Ambiga tak serah memo tuntutan kepada Agong?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.