Lega! Perhimpunan haram dibatalkan...

Inilah stadium yang akan dibersihkan oleh puak-puak Bersih 2.0!
Aku percaya seluruh rakyat menarik nafas lega selepas semua perhimpunan haram yang dicadangkan pada Sabtu 9 Julai ini dibatalkan. Baik perhimpunan Bersih, Patriot ataupun Perkasa telah membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi ini. Lega....

Rakyat seluruh negara menjunjung titah Yang Dipertuan Agong kerana atas titah baginda nampaknya semua pihak yang selama ini berdegil untuk mengadakan demonstrasi haram itu, akhirnya akur. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan seorang Yang Dipertuan Agong yang prihatin tentang keadaan rakyat jelatanya. Daulat Tuanku!

Dan aku mengalu-alukan cadangan Ambiga untuk mengadakan perhimpunan Bersih di sebuah stadium bagi menggantikan perhimpunan jalanan. Cuma aku harap janganlah buat kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Kesihan dengan rumput stadium itu baru nak tumbuh. Kalau buat demo di situ habislah rumput-rumput tu kena lenyek sedangkan kita ada sekurang-kurang tiga perlawanan bola sepak penting di situ sehingga akhir bulan ini.

Bukan apa... Aku risau kalau padang Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dah jadi macam sawah bendang, kesianlah para pemain Liverpool, Arsenal dan Chelsea yang tak pernah main dalam padang ala-bendang. Takut pula bila mereka kalah kepada skuad negara, ada pula alasan yang mereka nak kasi! Hehehee...

Pilihlah stadium-stadium lain macam Stadium Merdeka ke, Stadium Shah Alam ke... atau tak pun Stadium  Batu Kawan nun di Pulau Pinang.

Apa pun aku harap pihak berkuasa tidak berhenti meneruskan usaha membongkar kegiatan pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dari demo Bersih untuk menyebarkan fahaman komunis dan kegiatan subversif seperti didedahkan dengan penemuan senjata dan bahan letupan di sekitar Kuala Lumpur.
Lega! Perhimpunan haram dibatalkan... Lega! Perhimpunan haram dibatalkan... Reviewed by mesin taip buruk on 7/05/2011 05:42:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.