11 July 2011

Pas nak marahkan polis... Apa hal?

Apa hal tiba-tiba puak-puak Pas nak marahkan polis pasal perhimpunan haram jadah kelmarin? Bukankah perhimpunan itu haram, tak dapat permit, melanggar undang-undang negara, maka polis ada kuasa untuk bertindak apa? Lagi pun polis bukannya tiba-tiba datang belasah orang tak tentu hala...

Aku tengok demo kelmarin tak macam sebelum ini, walau pun jelas-jelas ribuan puak-puak Pas yang tongong dan tolol dah langgar undang-undang negara, ingkar arahan polis. Bila dah berkumpul ramai-ramai walaupun tak dibenarkan, polis cuba halang kemaraan puak-puak ini ke lokasi yang tidak dibenarkan. Polis hanya tunggu saja. Tak adalah tiba-tiba datang serang.

Polis juga dah beri amaran awal jauh sebelum perhimpunan. Malah Ambiga dah tiga kali mengadap Ketua Polis Negara dan diberikan nasihat tapi tetap berdegil. Bila di tengah jalan, polis pun beri arahan bersurai tapi puak-puak ini memang jenis kaum Abu Lahab punya. Degil nak mampus...! Dah degil sangat dan cuba pulak nak rempuh sekatan polis, maka polis terpaksa bertindak.

Sebab itukah puak-puak Pas tak puas hati, nak marah polis dan tuduh macam-macam? Weih... kau ingat negara ini bapak kau yang punya ke? Polis bertindak selepas amaran demi amaran diberikan, nasihat demi nasihat tapi puak-puak ini memang degil... Sekarang nak marah polis pulak?

Hadi Awang tak usah nak ugut-ugut polis dan kerajaanlah. Kalau nak berdemo sangat, buatlah kat Kota Bharu nun atau Shah Alam atau nun di Pulau Pinang. Nak tengok apakah MB-MB negeri-negeri diperintah pembangkang ini benarkan demo haram sedemikian?

Dan yang pelik, asalnya demo haram ini yang dikepalai oleh Ambabiga untuk berjuang pilihan raya bersih dan adil, tetapi kenapa puak-puak Pas yang paling emo? DAP rileks saja...!!

Kesihan puak-puak ini, sejak dulu sampai sekarang masih juga tak cerdik!

Share this

1 Response to "Pas nak marahkan polis... Apa hal?"

  1. konon nak memerintah unruk jadi negara islam...perangai masing-masing mcam lahabau

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.