27 July 2011

Perlawanan Malaysia-Singapura meletup...!! Tiket SOLD-OUT!!! (Updated!)

TERKINI:
Mereka yang kecewa tak dapat pergi tengok bola Malaysia lawan Singapura esok jangan risau sebab perlawanan tersebut akan disiarkan menerusi TV1, Astro Arena, Astro Supersport dan Astro Supersport HD!

Erk... DBKL... Tolong pasang skrin gergasi di Dataran Merdeka supaya warga KL ramai-ramai tonton di skrin gergasi macam final Piala Dunia hari tu... Barulah real beb!

POS ASAL:
Nampaknya pertemuan kedua Malaysia dan Singapura pada Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok meletup beb! Tiket-tiket yang dijual sejak semalam SOLD-OUT!

Semalam sebanyak 60,000 tiket dijual  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan Stadium MPPJ habis licin. Hari ini sehingga tengah hari ini, sebanyak 25,000 tiket lagi juga sudah sold-out menjelang tengah hari.

Perggghhh.... Nampaknya para peminat bola tempatan sedang menggila nak memberi sokongan kepada anak-anak buah Rajagobal malam esok! Erk..!! Ulat-ulat tiket pun menggila jugak beb!

Tahniah... Mesti pemain Singapork kecut perut bila tahu Stadium Bukit Jalil yang saiznya lebih 10 kali ganda berbanding stadium utamanya, Stadium Jalan Besar akan dipenuhi dengan para penyokong berbaju kuning atau biru!

Huhu... Best! best...!! Tapi aku harap para peminat bola kita matang dan jangan cepat menghukum jika (jikalaulah... kalau boleh tidak) pasukan kita tewas nanti. Janganlah kata-kata nista, booo... caci maki dan segala sumpah seranah dilempar kepada mana-mana pemain, jurulatih atau mereka yang terlibat jika kita gagal meneruskan kemaraan malam esok.

Aku ingatkan awal-awal sebab aku tahu sangat perangai orang kita. Menang dipuji, kalah dikeji! Itu yang kita tidak mahukan. Kalau andai kita kalah sekalipun, janganlah menghina mereka kerana kita semua tahu para pemain kita telah berjuang habis-habisan dan telah berjaya melonjakkan semula reputasi bola sepak kita di rantau Asia Tenggara, kalau belum di Asia sekali pun.

Pun begitu, aku yakin Safee Sali dan rakan-rakan dapat membalas dendam atas kekalahan mereka di Singapura tempoh hari dan aku kita boleh mara ke peringkat seterusnya. Ramalan awal aku...

Malaysia menang 3-0!! Huhu...

Share this

1 Response to "Perlawanan Malaysia-Singapura meletup...!! Tiket SOLD-OUT!!! (Updated!)"

  1. Ada rezeki
    3-0 memang takde hal la...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.