01 July 2011

PSM=PKM! Bukti dah banyak... Apa tunggu lagi? (Updated!)


TERKINI 2/7/2011: 
Polis dah bertindak! Enam termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayaai terlibat dalam kegiatan subversif! Ramai lagi dikhabar sedang menunggu masa untuk dikenakan tahanan serupa! Tahniah PDRM!!

POS ASAL:
Polis dah temui banyak bukti terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cuba nak hidupkan semula fahaman komunis di negara kita. Dan aku percaya bahagian risik PDRM dan ATM mempunyai bukti yang kukuh tentang hubungan mesra antara PSM dan PKM. Jadi, nak tunggu apa lagi?

Sepatutnya para pemimpin mereka sudah boleh dibawa ke Kemunting dengan Blackmaria sebab berhubung dengan PKM apatah lagi membawa bersama poster-poster dan risalah pro-komunis telah cukup kuat bagi kerajaan untuk menggunakan ISA ke atas mereka. Kenapa KDN tak berani nak gunakan ISA ke atas mereka yang cuba menghidupkan komunis ini, sedangkan mereka yang berkaitan dan Jemaah Islamiah (JI) cukup pantas diheret ke Kemunting.

Nampaknya KDN seolah-olah double-standard dalam menggunakan akta tanpa bicara ini sedangkan kita semua tahu fahaman komunis jauh lebih bahaya berbanding JI. Apakah menteri yang jaga KDN tidak berani bertindak ke atas mereka yang pro-komunis kerana mereka kebanyakannya bukan orang Melayu sedangkan pengikut JI pula orang Melayu dan beragama Islam.

Tolonglah! Pihak polis sepatutnya sudah bertindak membersihkan kumpulan ini kerana kita semua tahu PSM atau nama asalnya PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia) adalah parti yang lahir daripada gerakan PKM ini. Jadi adalah amat tidak munasabah andai kerajaan masih teragak-agak untuk menggunakan peruntukan yang ada untuk mengheret para pemimpin parti ini ke Kemunting.

Jangan sampai isu ini semakin dipolitikkan oleh pihak-pihak yang memang mencari salah kerajaan. Kalau memang benar wujudkan usaha menghidupkan fahaman komunis menerusi PSM dan kemudiannya cuba disebarkan menerusi demonstrasi Bersih, ia sepatutnya segera dituntas!

Tolonglah! Keadaan negara semakin tidak menentu selepas satu demi satu isu menggoncang negara timbul yang menuntut ketegasan yang lebih jitu di pihak KDN dan pihak polis.

Kita tahu kalau Menteri Dalam Negeri lebih banyak memberi amaran demi amaran dan kita juga perlu terima hakikat bahawa Ketua Polis Negara sekarang orang yang baik dan lemah lembut. Tetapi jangan sampai isu-isu melibatkan usaha menghidupkan komunismes di kalangan rakyat pun masih mahu berlembut. Berlembut kena pada tempatnya....

Jangan sudah terantuk baru nak terngadah!

Share this

0 Comment to "PSM=PKM! Bukti dah banyak... Apa tunggu lagi? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.