25 July 2011

Pusat hiburan: Kenapa perlu hormati bukan Islam?

Ramai budak sekolah dari kaum Cina yang berbaju kurung ketika hari Jumaat. Bermakna kaum bukan Melayu memang menghormati umat Islam melain puak-puak kafir harbi yang satu itu!
Khalid Ibrahim memberikan alasan bahawa pusat-pusat hiburan di Selangor akan terus beroperasi seperti biasa bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam. Itu alasan yang diberikan oleh Khalid.

Tapi aku nak tanya, kenapa kita perlu menghormati hak masyarakat bukan Islam sedangkan sepatutnya bukan Islamlah yang patut menghormati orang Islam memandangkan Ramadan adalah bulan suci umat Islam dan ia hanya sebulan dalam setahun.

Alasan yang diberikan oleh Khalid memang jelas menampakkan bahawa pemimpin Islam di Selangor termasuk pak-pak lebai dalam Pas kini semakin tunduk kepada orang bukan Islam yang menampakkan seolah-olah  negara ini mereka yang punya. Kita kena hormati mereka sedangkan mereka tak pernah nak hormati kita, sebagai umat Islam.

Selepas kedai-kedai arak dibenarkan di kawasan taman perumahan majoriti orang Islam, selepas kuil-kuil Hindu dibina di kawasan majoriti orang Islam, selepas laungan azan tidak dibenarkan berkumandang di pelosok taman perumahan, selepas rumah-rumah urut semakin bersepah sehingga ke taman-taman perumahan dan kini pemimpin Islam di Selangor membenarkan pula pusat-pusat hiburan dibuka seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. Alasan? Menghormati kaum bukan Islam! Bull-shit!

Aku nak tanya para pemimpin Pas baik Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfiz sampailah Mat Sabun, aku nak tanya Hassan Ali, Iskandar Samad, Khalid Samad... aku nak tanya para blogger dan pejuang Islam Pas, apa yang korang akan katakan kalau negeri-negeri di bawah kerajaan BN membuat ketetapan sama? Aku percaya nadanya berbeza sama sekali.

Sampai bila kita kena tunduk dan hormati mereka yang bukan Islam sedangkan pada masa yang sama mereka semakin kurang ajar terhadap umat Islam?

Damn....!!

Psstt...!! Aku yakin ramai bukan Islam yang menghormati rakan-rakan mereka dari kalangan umat Islam. Cuma yang kurang ajar ialah pemimpin DAP saja!

Share this

1 Response to "Pusat hiburan: Kenapa perlu hormati bukan Islam?"

  1. Adakah Genting dan kawasan pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang & Bangsar akan ditutup Ramadan ini..? Jika tak ibarat "kuali mengata buntut belanga hitam" je la...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.