04 July 2011

Rajagobal patut ajar taktik menipu dalam kotak penalti!

Kalah tapi mara... Tahniah!
Kesian aku tengok skuad Harimau Malaya ketika lawan Taiwan di Taipei petang semalam. Main dah bagus, dua-dua gol memang cantik taraf EPL tapi sayang kita kalah dengan "taktik menipu" oleh pemain Taiwan dan kelemahan pengadil perlawanan. Nasib kita baik sebab kita jaring dua gol di tempat lawan.

Aku tahu ramai yang salahkan pengadil Vietnam  yang menyebabkan kekalahan Malaysia yang memberikan tiga sepakan penalti dengan satunya diselamatkan oleh penjaga gol kita. Kalau tidak memang kita bungkus habis. Tapi aku tak salahkan pengadil tetapi sebaliknya kebijaksanaan para penyerang Taiwan yang mencari sepakan penalti dengan menjatuhkan badan mereka dalam kotak penalti.

Aku rasa Rajagobal patut ajar anak-anak buahnya terutama para penyerang negara bagaimana nak menipu dengan menjatuhkan badan dalam kotak penalti. Aku percaya itu tidak salah sebab penipuan ini diamalkan oleh banyak pemain profesional baik di Piala Dunia atau kelab-kelab di liga utama dunia.

Dan aku yakin para pemain Taiwan juga telah dilatih untuk mendapatkan jaringan mudah menerusi sepakan penalti selepas mereka sedar mereka sukar nak tembusi pertahanan Malaysia dan nampaknya strategi Taiwan menjadi. Dan para pemain Malaysia jangan salahkan diri sendiri sebab mereka tidak bersalah.

Aku tengok beberapa kali penyerang negara sudah berada dalam kotak penalti tetapi tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan badan, walaupun acap kali juga mereka diasak oleh pertahanan Taiwan. Aku percaya, dengan teknik yang betul menjatuhkan badan apabila "disentuh" pemain lawan, sudah pasti ia akan diterima pengadil dan pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti.

Dan nak menipu dengan menjatuhkan badan perlu teknik yang betul sebab jika tak betul dan ia dapat dikesan oleh pengadil, sudah pasti buruk padahnya, sekurang-kurangnya diberikan kad kuning!

Pun begitu, pada perlawanan semalam bukan tak ada kelemahan di pihak pemain kita. Paling ketara nampak sangat gandingan Hadi Yahya dan Idham Talaha tak ngam sampaikan hampir sebahagian besar masa perlawanan kedua-dua pemain ini tenggelam dan mereka jarang-jarang dapat bola. Begitu juga pemain tengah, kurang menghantar bola ke kedua-dua penyerang ini.

Apa pun aku ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya sebab terus berjuang dan terus berjuang. Selepas ini aku harap anak-anak buah Rajagobal tidak banyak masalah untuk membenam Singapura pada pusingan kedua nanti.

Malaysia Boleh!!

Share this

2 Responses to "Rajagobal patut ajar taktik menipu dalam kotak penalti!"

  1. kalau menang cara tipu, tapi x berkat buat apa.. gaji diterima boleh jadi haram.. biar kalah asalkan bermaruah.

    ReplyDelete
  2. Bro ini menipu sunat tak pa! Macam jugak Nik Aziz tipu kata dalam al-Quran sebut pasal negara Islam tapi selepas 30 tahun, dia sendiri juga kata dalam Quran tak ada sebut negara Islam!! Hehe...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.