13 July 2011

Sorry Arsenal...! Aku orang Malaysia (Update!)

UPDATE:
Tahniah Arsene Wenger dan anak-anak buah anda kerana telah memberikan ilmu yang berguna kepada skuad Harimau Malaya dan menyedarkan anak-anak muda kita bahawa mereka masih jauh untuk menggapai pentas dunia!

POS ASAL:
Malam ini Malaysia akan berdepan dengan kelab EPL, Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL. Khabarnya tiada siaran langsung di mana-mana stesen TV termasuk Astro Arena. Sebab tiada siaran langsung khabarnya kerana jualan tiket tidak mencapai sasaran 60,000. Itu maklumat yang aku terima pagi inilah. Tak tau kalau-kalau sebelah petang nanti lain jadinya.

So, bila ada perlawanan melibatkan kelab-kelab EPL seperti Arsenal hari ini, Liverpool Sabtu ini atau Chelsea 23 Julai, ramai yang tanya aku pasukan mana yang akan aku sokong?

Jawapan aku mudah saja! Tentulah skuad Harimau Malaya. Bukan sebab aku peminat Man-U maka aku tak sokong Arsenal, Liverpool atau Chelsea tetapi sebab aku orang Malaysia. Waima lawan Man-U pun aku tetap sokong Malaysia. Mungkin kalau aku turun stadium, pakai jersey Man-U tapi beri sokongan kepada anak buah Rajagobal. Gitulah gambarannya!

Dan aku percaya ramai kalangan rakyat Malaysia yang juga peminat Arsenal akan memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya lebih-lebih lagi kalau Hadi Yahya atau Norshahrul Idlan jaringkan gol, sudah pasti sebagai anak Malaysia tetap akan memberikan sorakan kepada skuad negara, biarpun dibadan melekat jersi Arsenal.

Keadaan itulah yang berlaku ketika Malaysia menentang Man-U tahun lalu di mana walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil dimonopoli oleh para penyokong Man-U (termasuk aku). tetapi ketika Amri Yahya menerjah jaring Van der Sar, secara spontan mereka yang berjersi Man-U di tempat duduk penonton bersorak girang. Begitulah damainya Malaysia!

Dan aku percaya suasana itu bakal turut dirasai malam ini, petang Sabtu ini mahupun 23 Julai ini. Inilah Malaysia.... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

Share this

0 Comment to "Sorry Arsenal...! Aku orang Malaysia (Update!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.