18 July 2011

Tahniah kerajaan Pas Kedah! (Updated!)

Ewah.. ewah.. Layan dangdut kat Aloq Staq! - Gambar hiasan je!
Aku nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak kerana membenarkan pusat-pusat hiburan baik bar, pub, karaoke dan mungkin rumah-rumah urut terus beroperasi di bulan Ramadan sepertimana yang dikehendaki oleh rakan sekutunya, DAP.

Aku memang suka kalau kerajaan Pas buat keputusan yang kontroversi seperti ini. Biar rakyat melihat, merasai dan menilai sendiri pengalaman berada dalam kerajaan Pas dan kerajaan BN sebelum ini. Sekarang kerajaan Azizan sedang dinilai oleh rakyat Kedah dan keputusan sama ada mereka suka di bawah kerajaan Pas atau kerajaan BN sebelum ini akan diketahui apabila PRU-13 nanti.

Tapi bagi aku sama ada kerajaan Kedah benarkan pusat-pusat hiburan di negeri itu beroperasi atau tidak di bulan Ramadan tak ada bezanya. Kawan aku yang tinggal nun di utara tanah air kata Kedah terutama Alor Setar bukan banyak sangat pusat hiburan pun. Yang ada cuma pusat-pusat karaoke famili. Sebabnya dia kata kalau jenis yang ketagih nak berhibur, baik orang Islam atau bukan Islam mereka lebih suka menyeberang ke Danok. Katanya kat sana lebih happening!

Jadi kalau Azizan kata semua pusat hiburan ditutup... tak ada ke hairannya bagi manusia jenis macam ini. Tapi yang merungut ialah para taukeh pusat hiburan. Tapi alaa... bukannya pusat-pusat hiburan kat Kedah ini padat mampat setiap malam sampai boleh merugikan berbilion ringgit. Memang kat sana tak ramai yang keluar berhibur pun. Aku pernah pergilah Alor Setar beberapa kali, pukul 9 malam dah sunyi sepi! Semua kedai dah tutup!

Sebabnya orang kat Kedah memang tak suka keluar malam. Pukul 9 dah pakat duduk rumah dan siap-siap nak tidur. Jadi kalau taukeh-taukeh hiburan kata mereka akan rugi besar kalau tutup bulan Ramadan memang aku tak percayalah! Rugi adalah rugi tapi bukannya sampai buat mereka bangkrup! Tapi biasalah orang Pas sekarang mana berani beb! Takut benar dengan janggut Karpal Singh!

Huhu....!

Share this

0 Comment to "Tahniah kerajaan Pas Kedah! (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.