29 July 2011

Tolong jangan keji skuad Harimau Malaya!

Rayuan kepada semua rakyat Malaysia baik pemimpin politik, media, penyokong Bersih, ahli Majlis Peguam, penyanyi, penarik beca, pemandu teksi dan para penyokong pasukan bola sepak negara... Tolong jangan keji skuad Harimau Malaya yang gagal ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia malam tadi.

Sikap rakyat kita "menang dipuji, kalah dikeji" perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh andai mahu menyaksikan sukan bola sepak kita kembali ke mercu kegemilangan seperti era 80-an dahulu. Sikap "membubar" pasukan, memecat jurulatih atau mencemuh para pemain setiap kali kita kalah telah meranapkan semangat dan mental semua pemain negara.

Sebaliknya kita perlu terus memberi sokongan, kata-kata semangat dan motivasi kepada semua skuad Harimau Malaya walaupun mereka gagal ke peringkat seterusnya.

Apa yang kita sangat harapkan selepas sekian lama bola sepak terperosok tetiba mahu menyaksikan kita mara ke Piala Dunia? Mustahil. Sepatutnya kita berbangga kerana sekurang-kurangnya pasukan bola sepak kita mulai digeruni kalau tidak di rantau Asia, sekurang-kurangnya di Asia Tenggara.

Benar kita gagal ke peringkat seterusnya dan gagal mengekang kuda-kuda tua import Singapura tetapi harus diingat kejayaan kita seri 1-1 di Bukit Jalil sudah cukup membanggakan lantaran Sang Singa mempunyai reputasi selaku 2 kali juara Piala AFF dan entah berapa kali masuk final. Sedangkan kita hanya baru mengecap sekali juara.

Malahan bekal 5-3 yang dibawa dari Jalan Besar sudah cukup buat Singapura untuk mempertahankan kubu mereka dari asakan pemain negara. Benar pertahanan kita agak lemah dan sering dibolosi dengan mudah tapi kita tak boleh salahkan mereka 100 peratus. Jangan lupa kecemerlangan Apek dalam mengawal pintu gawang.

Jadi, sekarang ini para pemain, pengurus, jurulatih, peminat dan rakyat Malaysia tak usah meratapi kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mara ke peringkat lebih jauh. Sebaliknya, kita selepas ini tertumpu pula kepada skuad Harimau Muda yang mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik di mana sebahagian pemain Harimau Malaya juga akan memperkuatkan Harimau Muda.

Ayuhlah rakyat bumi bertuah! Bangunlah....

Share this

0 Comment to "Tolong jangan keji skuad Harimau Malaya!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.