18 July 2011

Vatican buka kedutaan kat Malaysia ke?

Najib bertemu Pope Benedict di Vatican City... 
Berita terpampang dalam laman-laman berita online, "Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa." Lalu seorang kawan aku bertanya... Apakah ini bermakna Vatican boleh membuka pejabat kedutaannya di Malaysia? Dushhh....!!

Pening jugak aku nak jawab soalan kawan aku tu. Tapi setahu aku Vatican bukan sebuah negara yang mempunyai pemerintahan dengan Perdana Menteri atau Presiden melainkan hanya sebuah wilayah khas yang diketuai oleh Pope Benedict, selaku ketua agama umat Kristian seluruh dunia. Macam mana Vatican nak buka pejabat kedutaannya di sini sedangkan mereka tak ada pun Menteri Luar!

Cuma aku berfikir apakah selepas ini akan tercatat sejarah apabila Pope Benedict mengadakan lawatannya ke negara ini? Seingat aku Malaysia tidak pernah dikunjungi oleh Pope. Indonesia pernah dikunjunginya dan khabarnya berjuta umat Kristian dari seluruh Indonesia menyambutnya. Aku lupa tahun bila tapi pernah baca kisah kunjungan Pope ke negara jiran itu.

Apakah selepas ini Malaysia juga membenarkan lawatan Pope ke sini atas alasan membina hubungan diplomatik dan demi rakyat 1Malaysia? Entahlah...!

MTB: Tunggu reaksi Nik Aziz!

Share this

1 Response to "Vatican buka kedutaan kat Malaysia ke?"

  1. alaaa mesti nik aziz kutuk kaw kaw..tapi cuba dap atau anwar yang jemput, pasti dipuji tinggi melangit.

    hafal sangat dah permainan dorang ni.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.