Wakakaka... Chelsea hampir dimalukan skuad simpanan Malaysia

Penyokong Chelsea kat Malaysia ni cantik-cantik tapi depa main hancus!
Chelsea hampir dimalukan skuad pelapis Malaysia apabila hanya sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan persahabatan kedua pasukan malam ini. Walaupun dibarisi pemain terkenal dunia seperti Didier Drogba, John Terry, Fernando Torres dan Frank Lampard, ternyata Chelsea tidaklah sehebat mana.

Bayangkan barisan pemain Malaysia hanya terdiri permain Olimpik bawah 23 tahun serta dibantu pemain-pemain tua yang tidak tersenarai dalam pemain elit negara tetapi mereka tetap berjaya mengekang asakan para pemain The Blues. Tahniah kepada penjaga gol kedua Olimpik Malaysia, Farizal Marlias yang bertindak cemerlang malam ini!

Walaupun menang, Chelsea tentunya malu besar sebab gagal "berpesta gol" ketika berdepan pasukan simpanan Malaysia manakala gol jaringan Drogba pula aku kategorikan gol nasib dan boleh dipertikaikan. Aku rasa kalau Lee Kim Swee kekalkan Farizal menjaga gawang negara, kemungkinan Drogba tak dapat jaringkan gol tersebut.

Bahkan jaringan itu juga tidak diraikan oleh para pemain Chelsea sementara pengurus baru Chelsea, Andrea Villa-Boas kelihatan gelisah di kawasan pemain simpanan terutama 10 minit terakhir perlawanan. Memang dia patut gelisah pun kalau setara itu permainan Chelsea.

Chelsea lebih lagi malu apabila mengetahui Arsenal boleh belasah skuad utama Malaysia 4-0 manakala Liverpool pula walaupun dibolosi gol-gol cantik Malaysia, tetapi masih boleh mendabik dada dengan kemenangan 6-3 atas team yang sama. Tapi Chelsea... dengan team simpanan je pun susah nak menang.

Komen aku: Ini ke pemain Chelsea yang nak challenge Manchester United dan bercita-cita besar untuk merampas juara Liga musim depan? Minta maaflah! Lawan skuad simpanan Malaysia pun tercungap-cungap... Huhu!
Wakakaka... Chelsea hampir dimalukan skuad simpanan Malaysia Wakakaka... Chelsea hampir dimalukan skuad simpanan Malaysia Reviewed by mesin taip buruk on 7/21/2011 10:58:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.