19 August 2011

"Ali Setan" persoal Rukun Negara, perlekeh Agong?

    Salah satu babak filem Ali Setan lakonan Azmil dan Ogy
    Ingat pelakon Ali Setan? Alaa filem kisah nakalnya remaja tahun 80-an yang dilakonkan bersama Ogy Ahmad Daud tu... Siapa namanya? Oh Azmil Mustafa. Hemm... Aku pernah baca dulu dia masa muda nak baca al-Fatihah pun tak pandai, sampailah dia sedar diri dan mula belajar agama. Sekarang dia khabarnya tinggal kat Syria untuk mendalami agama.

    Baguslah! Tapi yang tak bagusnya bila dah pandai sikit mula nak tunjuk hebat seolah-olah orang lain tak betul cuma dia saja betul.

    Terbaru aku dimaklumkan seseorang, malam tadi si Ali Setan atau Azmil ini telah berceramah di Kampung Melayu Subang dan dalam ceramahnya itu dia siap persoalkan Perlembagaan Negara, Rukun Negara dan memperlekehkan Yang Dipertuan Agong.

    Dia juga mempersoalkan pertemuan Najib dengan Pope dengan mendakwa ada niat lain di sebalik pertemuan itu. Azmil juga acap kali sebut Melayu bodoh dan tak ada telur serta menganggap DEB sebagai Dasar Ekonomi Bodoh. Ish ish ish...


    Ali Setan sekarang...
    Kalau betullah dakwaan ini, aku cukup kesal dengan si Ali Setan ni. Sekarang ini aku tengok dah makin menjadi-jadi artis-artis yang baru kenal sejadah lantang bercakap soal agama dan mula meninggikan hidung seolah-olah mereka sahaja pandai dan orang lain bodoh belaka.

    Aku tak kata mereka tak bagus bila berubah daripada "hanyut dalam dunia glamor" kepada menjadi warak dan beriman, tapi tolonglah jangan nak burukkan orang lain dan melihat orang lain semua tak betul. Mereka tidak sepatutnya terpengaruh cara ceramah pemimpin politik pembangkang.  Mereka semua melihat kebenaran itu dilihat dari sudut politik. Semua kerajaan buat tak betul waima membina masjid sekalipun. Tapi mereka saja betul walaupun sepanjang perintah negeri, satu masjid pun tak mampu nak bina. Tak tahulah pulak kalau mereka ini semua penyokong politik pembangkang!

    Dan sekarang ini aku pun tengok dah jadi trend pula bagi pihak pembangkang khususnya Pas yang mengheret selebriti-selebriti sedemikian untuk berceramah di seluruh pelosok kampung, diberi gelaran "ustaz" atau "ustazah" dan kemudian bercakap pasal hukum-hakam agama sedangkan selain kedalaman ilmu masih boleh dipersoal, mereka juga tiada sebarang tauliah pun.

    Aku tahulah Pas lakukan ini  semua untuk melariskan ceramah mereka yang khabarnya kini semakin kurang dapat sambutan di kalangan anak muda. Jadi dengan adanya selebriti-selebriti ini mudah-mudah anak-anak muda kembali ke ceramah-ceramah Pas dan mudahlah bagi Pas menanam doktrin mereka di kalangan mereka.

    MTB: Kagum dengan cara Cat Steven berdakwah. Tak ada pun nak kutuk atau hina orang lain!

    Share this

    8 Responses to ""Ali Setan" persoal Rukun Negara, perlekeh Agong?"

    1. dulu dia jahil,sekarang dia dah berilmu..memang begitulah kebiasannya..saya x heran la kalau dia bersikap begitu sebab memang selalu je saya perhatikan manusia2 yg sebegini..kira macam jakun la bila dah dapat sesuatu yg baru dalam hidupnya..tah..saya nak komen dengan lebih dalam pun x pandai..huhu..kalau melayu ni bodoh..habis tu dia bukan melayu ke?oh..dia pun bodohlah..huahua..

      ReplyDelete
    2. Tidak perlu komen tentang "Ali Setan". Namanya pun "Setan".

      ReplyDelete
    3. ko penah p ceramah agama ke?
      pandai je tuduh xde golongan muda. tengok tempat gak beb. tapi ceramah mamat ni mmg macam tu. malas lak aku nak dengar lama2. haih.

      ReplyDelete
    4. Ramai ke golongan yang sewaktu dengan masa lampau Ali Setan yang telah berjaya diterapkan nilai-nilai keagamaan?

      Berapakah bilangan bukan 'saudara' Ali Setan yang telah berjaya di jadikan saudara baru?

      Sanggupkah Ali Setan perhabiskan harta dunia semata-mata untuk membeli semua rakaman aksi-aksi lampau yang jelas bertentangan dengan kehidupan beragama agar ianya tidak menimbulakan persepsi 'cakap tak serupa bikin'?

      Apabila Ali Setan buruk-burukkan pihak lain ia dilihat ada udang di sebalik batu:

      1. Berasa puas dapat memperkecil-kecilkan status pihak lain. Berasa bangga dirinya seorang saja yang mampu berubah.

      2. Apabila pihak lain diklasifikasikan sebagai jauh dari agama, mungkin Ali Setan berasakan yang dai saja yang akan medapat ganjaran ukhrawi kerana dai saja yang hampir dengan agama?

      Kesimpulannya: Ali Setan mungkin telah mengalami reformasi tetapi ia tidak cukup layak buat dai "play god".

      ReplyDelete
    5. assalamualaikum...saya bukanlah nak menyebelah mana2 pihak, tapi bagi pendapat saya adalah lebih baik kita sendiri dengar ucapan ceramah dia daripada kita dengar dari mana2 sumber yang kurang pasti kesahihannya...

      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (الحجرات:6)

      Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan (al-Hujurat:6) .......
      tapi kalau benarlah dia mengutuk, dan mengeji orang, kita doakanlah dia berubah, bukannya kita pun sama2 kutuk dia, kalau macam tu kita pun lebih kurang sama mcm dia jugak suka kutuk2 belakang....pohon maaf dari hamba jika tersalah kata,wallahu ta'ala 'alam....

      ReplyDelete
    6. opss. saya rasa dia cuma nak luahkan pendpat .

      maybe betul apa yg dia kata.kita yg taktau isu yg betul jgnlah dok kutuk dia mcm kita ni tak pernah buat silap.. entah2 media je yg melebih duk kutuk dia..

      cikgu2 n pensyarah sy pun pernah ckp benda yg sama mcm yg dia ckp.. org kata, hanya org yg bijak pandai dan cerdik je tahu betapa kita banyak diperbodohkan selama ni. nauzubillah, saya pun tak pasti setakat mana kesahihan isu ini.

      janganlah dengar komen dan kritikan sebelah pihak je. jangan jadi "badut" . mudah percaya cakap org. sekian,

      :) sori if terkasar bahasa

      ReplyDelete
    7. saya setuju 100% dengan kata2 muhammad ariff ramlee. apabila sesuatu keburukan tentang org alim ni sampai, periksa terlebih dahulu.

      ni tidak, kita yg taktau apa2 ni cepat2 je maki tak tentu arah,. tapi, kalau org jahil dikutuk, cepat2 pulak kita melenting kononnya si dia tak bersalah..

      aisshh, dunia dah terbalik. mcm ni la jawabnya,

      yg mendekati islam itu dihina, yg menjauhi islam itu dipuja. renung-renungkanlah

      ReplyDelete
    8. Betul tak betul, kariah masjid tersebut telah membuat laporan polis terhadap Ali Setan sbb hina Agong. Mereka dengar sendiri apa yg diucapkan Ali Setan....

      Inilah... Ada org kafir harbi duk tabur fitnah pasal Najib & Rosmah duk bunuh Altantunya kenapa korang cepat plak percaya? Tanak siasat dulu kesahihannya? Itu bukan fasik lagi.. tapi orang kafir!

      ReplyDelete

    Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.