Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh?

Ok... Umat Islam di Pulau Pinang mengalah berhubung mendendangkan ayat-ayat al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum masuk Subuh. Khabarnya di Perlis pun. Selain alasan perkara tersebut dianggap bidaah, ia juga bagi mengelak mengganggu umat bukan Islam dan orang Islam sendiri yang nak tidur.

Tapi boleh tak kaum Cina diminta menghentikan pasang mercun pada malam Tahun Baru Cina atau malam Chap Goh Meng?

Aku percaya kalau arahan larangan itu dikeluarkan, mahu keluar mata merah dan urat leher Teresa Cock, Ronnie Ulut , Lim Guan Eng, Chua Soi Lek, Koh Sukun dan kaum-kaumnya kepada kerajaan. Biasalah alasannya itu adalah adat resam nenek moyang mereka. Mana boleh hentikan?

Sekarang ini umat Islam di Malaysia ini terlalu menjaga hati dan perasaan kaum bukan Islam berhubung banyak hal. Baik soal azan, soal baca Quran, tulisan jawi bahkan sampaikan hal-hal umat Islam dimurtadkan pun masih lagi nak jaga hati mereka. Bukan sahaja Pas, malahan kadang kala kerajaan BN ikut sama, cuma tidak sampai melampau-lampau macam Parti Islam Semalaya tu!

Tapi apakah mereka akan menjaga hati kita? Apakah mereka mengambil kira umat Islam dan orang Melayu yang nak tidur apabila tiap kali tiba malam Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meng? Apakah mereka tidak akan bakar mercun dan berdentam-dentum sehingga pagi dengan alasan demi menjaga tidur orang Melayu dan Islam? Potong kuku hitam mereka tak pernah peduli pun...!!

Siapa kita nak arah-arah mereka "membuang" tradisi nenek moyang mereka soal bakar mercun? Bukankah bangsa mereka mempunyai hak dan asasi? Mana boleh disentuh, apatah lagi soal adat resam. Tapi bila libatkan Melayu dan Islam mereka turut menjerit-jerit terpekik- terlolong marah dengan pelbagai alasan yang tak masuk akhir tapi akhirnya kita juga yang akur dan mereka bersorak gembira!!

Percayalah negara semakin diambang kemusnahan dik dua tiga umat Melayu dan Islam yang melacurkan agama, bangsa dan negara. Tiada dua tiga umat ini aku percaya Malaysia makmur dan semua kaum saling menghormati kaum dan agama lain...!!
Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh? Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh? Reviewed by mesin taip buruk on 8/18/2011 06:28:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.